Terkesan dengan budi dan kebaikan yang dilakukan seorang pendidik, bekas finalis Dewi Remaja dan pelakon filem Pulang, Puteri Aisyah Sulaiman ada memuat naik sebuah posting berkenaan dengan berita khabarnya ada seorang guru yang sanggup membeli 55 pasang kasut sekolah buat 47 orang anak muridnya.

Difahamkan, kasut tersebut mahu dibeli guru berkenaan kerana ada di antara kasut yang dipakai mereka sudah pun lusuh dan tidak sesuai untuk dipakai lagi.

“Kepada Cikgu Mohd. Fadli Salleh, Kalau Betul Apa Yang Saya Tengok Ni, Saya Nak Ucapkan…”- Dedikasi Puteri Aishah

Lalu Aisyah yang juga pernah mengikuti latihan amali sebagai guru Bahasa Inggeris dan merupakan diploma dalam jurusan TESL telah memuat naik posting berkenaan ke laman Instagram miliiknya.

“Kepada cikgu Mohd. Fadli Salleh, kalau betul apa yg saya tgk ni, saya nak ucapkan banyak2 terima kasih sbb sedarkan saya utk sentiasa berbuat baik di atas muka bumi Allah. Saya happy sbb masih ada lagi orang mcm cikgu kat dunia ni,” tulisnya.

“Kepada Cikgu Mohd. Fadli Salleh, Kalau Betul Apa Yang Saya Tengok Ni, Saya Nak Ucapkan…”- Dedikasi Puteri Aishah

IKLAN

“Kepada Cikgu Mohd. Fadli Salleh, Kalau Betul Apa Yang Saya Tengok Ni, Saya Nak Ucapkan…”- Dedikasi Puteri Aishah

Entri berkenaan turut mendapat hampir 10,000 tanda suka dengan lebih 80 komen yang rata-ratanya turut terkesan dengan kebaikan yang dilakukan guru berkenaan dan difahamkan juga, Cikgu Fadli ada menganjurkan dana khusus bagi membantu para pelajar yang memerlukan.

IKLAN

“Kepada Cikgu Mohd. Fadli Salleh, Kalau Betul Apa Yang Saya Tengok Ni, Saya Nak Ucapkan…”- Dedikasi Puteri Aishah

“Kepada Cikgu Mohd. Fadli Salleh, Kalau Betul Apa Yang Saya Tengok Ni, Saya Nak Ucapkan…”- Dedikasi Puteri Aishah

IKLAN

Foto: Instagram Puteri Aishah

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI