“Kenapa Tinggalkan Cik Lan,” – Pembantu Peribadi Roslan Shah Meninggal Dunia

Share

Pengacara, Roslan Shah berkongsi berita sedih apabila pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Amirul Izwan Hamzah disahkan meninggal dunia semalam.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas.

Perkara itu dikongsikan Roslan di Instagram miliknya dalam satu potongan video.

Dalam keadaan sebak, bintang itu berkongsi berita mengejutkan buat para pengikutnya.

P.A cik Lan Baru meninggal Dunia jam 8 mlm tadi …Mirul …Cik Lan otw balik ke JB Dari Terengganu …. @myrull1305._ … sedekahkan Al fatihah ya.

Last berbual Malam tadi kerana cik Lan pergi Terengganu dengan kawan baiknya Appy nak ambil Keropok Tamban Di Terengganu orang order.

“Cik Lan suruh Mirul uruskan utk Di Singapore Expo Minggu Ini nanti Dan tunggu cik Lan balik Dari Terengganu esok Malam Dan jumpa Di JB….tetapi tadi dapat Berita Mirul dah pergi tinggal Cik Lan,” tulis Roslan di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pengacara berkenaan turut memuji sikap arwah seorang yang dedikasi dalam bekerja.

Mirul orang Yang baik Jujur, Amanah Dan Ikhlas menolong cik Lan selama dia bekerja dengan cik Lan….Cik Lan dapat banyak project Di Bulan puasa Dan Mirul Akan uruskan jadual cik Lan .

Ya Allah sebak Dan menangis cik Lan …tunggu Mirul cik Lan nanti sampai Di JB ya,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti turut bersedih di atas pemergian Allahyarham.

Kami di MH mengucapkan takziah kepada keluarga Amirul dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Foto: Instagram Roslan Shah,Amirul

IKLAN