Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Kamal menyifatkan pemilihan Juara Gegar Vaganza 6, Hady Mirza sebagai rakan hos bersama Sherry Al Hadad menerusi program hiburan realiti terbaru, Dansa Dan Sing sebagai pemilihan tepat, khasnya dari segi lontaran suaranya yang jelas dan baik.
Katanya lagi ketika sidang media, selain Hady beberapa selebriti lelaki turut dipelawa menyertai sesi uji bakat dengan menghantar video berkaitan sebelum pihak produksi sepakat memilih bintang asal Singapura itu.
“Kami bersama pihak produksi ada berbincang untuk memilih siapakah yang akan menjadi rakan hos kepada Sherry.
“Asasnya, kita mempunyai beberapa program yang ‘back to back’, misalnya Big Stage, Gegar Vaganza dan sekarang ada Dansa Dan Sing.
“Jadi kita ingin mencuba rakan hos yang baru, di mana ada beberapa juga hos lelaki lain yang telah diuji bakat menerusi video. Bila sudah dinilai, kami ‘listkan’ kembali dan akhirnya sebulat suara memilih Hady Mirza untuk digandingkan bersama Sherry Al Hadad,” jelas Emarina.
Ditanya mengenai prestasi pengacaraannya pada minggu pertama konsert, Emarina mengakui pada peringkat awal, bintang itu kelihatan sedikit gementar namun ia kian baik pada pertengahan program.
Ads
“Ya, dia belum pernah mengacara sebelum ini, tetapi lontaran suaranya seperti mana yang dinilai ketika sesi uji bakat video ia agak tepat.
“Tetapi sudah tentu buat pertama kali semuanya rasa gementar, termasuk juga produksi.
“Bagaimanapun pada pertengahan konsert minggu pertama, dia mulai lakukan tugasan dengan baik dan punya keserasian bersama rakan hos,” katanya lagi.
Ads
Pada masa sama, Hady juga akan diberikan kelas latihan mengacara bagi memantapkan skil pengacaraannya selepas ini.
Terdahulu, Hady ketika ditanya MH mengenai percubaan kali pertamanya untuk menjadi pengacara bagi sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung akui rasa gementar tetapi akan cuba berikan yang terbaik selepas ini.
“Bila secara langsung, rasa gementar itu tidak dapat elak. Saya tidak tahu apa jangkaan dan bila diminta untuk panjangkan lagi percakapan saya tidak biasa.
Ads
“Berbeza dengan Sherry dan sudah tentulah saya banyak bergantung kepadanya.
“Saya yakin boleh buat yang lebih baik. Pertama kali kendali rancangan secara langsung sebesar ini dan sudah tentu tidak boleh jangka ia sudah yang terbaik,” katanya yang turut percaya pada rezeki.
Terdahulu, nama rakan hos bersama Sherry belum diumumkan ketika sesi sidang media sebelum ini dan hanya didedahkan ketika minggu pertama konsert berlangsung.
Saksikan Dansa Dan Sing secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam di Astro Ria dan Ria HD setiap Ahad jam 9.00 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menerusi posting terkininya di Instagram ada berkongsi beberapa keping foto saat menghadiri majlis sebuah jenama kasut mewah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi beberapa keping foto kandid, pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan itu dirakam hadir bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.
Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan kenalan lamanya sejak di bangku persekolahan.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Serentak dengan muat naik foto ‘sweet’ itu, rata-rata peminat serta rakan memberikan reaksi dan ada di antaranya yang turut mendapat jawapan balas dari anak kepadanya bintang senior, Rohana Jalil itu.
”Dua-dua helok yang amat. Kahwin cepat please,” tulis satu komen lalu Kila mengucapkan terima kasih dan mohon mendoakan.
Meninjau ke laman Instagram miliknya pula, Kila sering sahaja berkongsi foto bersama si dia, khasnya apabila menghadiri sesuatu majlis.
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.
“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.
“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.
Selamat bernikah dan mengadakan beberapa buah majlis resepsi, pelakon Farah Nabilah mendedahkan akan berkunjung ke Pulau Pinang terlebih dahulu bersama suaminya, Mohammed Amirul Yunus untuk berbulan madu.
Kata bintang Cik Reen Encik Ngok Ngek itu, dia dan Amirul masih mempunyai tuntutan kerja yang harus diselesaikan.
“Perancangan bulan madu belum ada apa-apa lagi. Saya bakal memulakan penggambaran beberapa buah drama begitu juga dengan Amirul yang bekerja sebagai seorang juru terbang.
“Apa yang pasti, kami akan ke Pulau Pinang terlebih dahulu untuk mencari makanan yang menarik di sana kerana saya teringin nak makan nasi kandar.
“Boleh dikatakan Pulau Pinang sebagai short honeymoon kami, ” katanya kepada MH.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...