“Kenapa Nampak Pucat Je?,”- Muka Sembab & Mata Bengkak, Ini Foto Terkini Fathia Latiff

Share

Pelakon, Fathia Latiff ada berkongsi sekeping gambar di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Foto tersebut melihatkan Fathia mengenakan tudung rona jingga sambil mengenakan baju lengan panjang.

Bagaimanapun, ramai pula yang bertanya mengenai diri bintang tersebut memandangkan dari foto yang dikongsi, wajahnya kelihatan sedikit sembab dan tidak bermaya.

Sehinggakan, ada yang memberikan komen pelbagai terhadap pelakon berusia 32 tahun ini.

Pada masa sama, ada juga netizen yang memberikan komen bahawa ia adalah wajah ‘natural’ Fathia tanpa sebarang solekan.

Foto : Instagram Fathia Latif

IKLAN