Pelakon yang berusia 48 tahun itu memberitahu dia tidak membenarkan anaknya Azal untuk keluar rumah pada waktu panas kerana bimbang kulit Azal akan bertambah gelap.
Ads
Lantas, Azal telah menjawab kata-kata Zarina sambil menyapu krim pelindung cahaya keseluruh wajahnya.
“Kenapa lahirkan saya kat Malaysia ? Kenapa tak lahirkan kat US ?” kata Azal.
Ads
Lalu, gelagat dua beranak ini telah menjadi perhatian netizen kerana terhibur melihat gelagat Azal yang kelakar itu.
Ads
Alahai, seronok sebenarnya bila kita ada anak istimewa ni. Macam macam gelagat yang kelakar membuatkan kita tak kering gusi dibuatnya.
MH mendoakan Zarina untuk sentiasa kekal ceria dan bahagia selalu.
Video : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mengambil inesiatif dengan mengenakan bayaran kepada sesiapa yang mahu merakam foto bersamanya, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini akhirnya mendedahkan niat sebenarnya dalam meletakkan syarat berkeaan.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagramnya awal semalam. Tulisnya, dia berjaya mengumpul lebih RM1,000 khusus bagi membantu insan kanak-kanak memerlukan.
“Besar erti nilai rm1 bagi org susah setuju tak??.. sy tak sanggup menjadi peminta minta utk bayar seringgit bergambar dgn saya… tapi sy kuatkan diri utk allah.
“Korang tengok dgn rm1 kalau kita bersatu walaupun seringgit bila kumpul banyak-banyak lebih pada sorang kita dapat tolong… syukur semalam sy dpt kumpulkan lebih rm1k utk kempen bergambar dgn saya 1org seringgit seorg…Bukan seringgit yang patut korang pandang. Tapi pandang laaaa pahala kat akhirat nanti itu lg besar.
“Bukan sbb nak bergambar dgn sy tpi rezki yg kita kongsikan… doakan semoga pahala yg dpt utk arwah abah saya dan saham akhirat saya dan pagala utk pemberi duit ini aminn.. kri syg abah,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi Bobo Di Mana ini turut bertanya sama ada netizen bersetuju dengan alternatif yang dilakukan ini.
“Kalau setuju boleh komen d bawah apa lagi patut saya buat utuk salurkan duit hasil rm1 utk bergambar dgn saya dan bisnes sy @as.legacymalaysia komen paling bernas sy akan buat lagi utk membantu next plan..utk sy bantu .. siapa patut saya bantu lagi?? utk full vedio pergi di youtube saya tvterlajaklaris,” kongsi Aliff panjang lebar.
Terdahulu Aliff ada memuat naik foto di Instagram, dengan kapsyen yang tidak menyatakan sebab dia meletakkan syarat mengenakan bayaran sebanyak RM1 jika mahu bergambar.
“ada cas yg dikenakan.. ada yg nak bergambar dgn saya tak?? sila baca caption di kertas sy tulis ok..,” tulis Aliff ringkas.
Usahawan Datin Seri Nur Shahida ada memberi kata-kata semnagat buat para wanita yang belum pernah mengalami nikmat untuk bersalin.
Entri yang dikongsikan Shahida itu melihatkan kesakitan yang dialaminya saat melahirkan anak bongsunya, Yusoff Al Qardawi.
“Kenangan menahan sakit melahirkan @yusoffalqardawi_terlajaklaris….. sakit mmg sakit x boleh nak gambarkan sakit tu….tapi bila dah keluar baby tu sakit tu menjadi nikmat……..
“Saya doakan kepada mereka yg belum bergelar ibu dapat merasai detik ini…Insya Allah ada hikmah Allah lewatkan….doa banyak2 jgn putus asa..Allah suka hambanya yg rajin berusaha dan tak putus asa,” tulis Shahida.
Selepas tiga minggu berlangsung tanpa sebarang penyingkiran, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) akhirnya menyaksikan dua peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada konsert minggu keempat,...