“Kenapa Korang Terlalu Sensitif?” – Soal Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona Bila Ramai Komen Aksi Tarian Tik Tok

Share

Anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendapat teguran netizen apabila beraksi untuk aplikasi Tik Tok.

Baru-baru ini misalnya, remaja berkenaan ada berkongsi video tariannya dengan mengenakan t-shirt berwarna hitam dan celana pendek.

Sekali gus, video tersebut mendapat perhatian sekali gus mendapat reaksi pelbagai netizen.

Lantas, Leona juga dikihat ada memberikan respon terhadap komen yang diberikan.

“Its literally just dancing y’all just take it out of context like why r u soo sensitive?,” balasnya.

Memiliki lebih 80,000 pengikut di Instagram, Leona sering berkongsi foto dan videonya menerusi platform berkenaan.

Foto/Video: Instagram Kasih Iris Leona

IKLAN