“Kenapa Jo Panggil Pak Ya Aku Kau. Kurang Ajar Dan Tak Sesuai,” – Ayda Jebat Perjelas Kisah Bukan Gadis Biasa

Share

Pelakon Ayda Jebat menjelaskan panggilan ‘aku dan kau’ yang kini menjadi persoalan netizen menerusi drama terkini lakonannya, Bukan Gadis Biasa.

Ulas Ayda, panggilan berkenaan memang berlaku dalam dunia realiti di mana suami isteri, ibu bapa dan anak-anak membahasakan diri sebagai aku dan kau.

“Ramai tweet and comment kenapa Jo panggil Pak Ya ‘aku kau’. Kurang ajar dan tak sesuai.

“Sebenarnya ramai je suami isteri, mak ayah dan anak, adik beradik panggil ‘aku kau’’ in real life. Kan?

.

Sebab tu dalam drama ni, Aisyah selalu pesan Jo ‘Mak.. tak baik cakap AKU dekat orang tua..’ maknanya yang tua tak semestinya betul, yang muda tak semestinya salah.

“Tunjuk contoh yang baik dari kecil. Melentur buluh biarlah dari rebung. Gitchew.

“So kalau dengar ayat ‘Aku ni lagi tua daripada kau, aku makan garam dulu dari kau.’ Okay jawab ‘Makan garam banyak tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing masin.’

“Episod 8, pukul 7 malam ni,” jelasnya.

Dalam pada itu, penyanyi Temberang itu turut memberi reaksi terhadap komen netizen terhadap isu berkenaan.

Bukan Gadis Biasa turut menampilkan Sheila Rusly, Remy Ishak, Nazim Othman, Ozlynn Waty, Mas Khan dan ramai lagi.

Foto : Instagram Ayda Jebat

IKLAN