Sejak diumumkan nama-nama yang tercalon dalam Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018) baru-baru ini, nampaknya ramai netizen yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu anugerah iaitu Anugerah Couple MeleTop.

Rasa tidak puas hati netizen itu timbul apabila nama pasangan selebriti kesayangan mereka iaitu, Fattah Amin dan Fazura atau lebih dikenali dengan ‘Fattzura’ tidak tercalon dalam anugerah tersebut dan mengatakan pihak Astro dengan sengaja tidak mahu mencalonkan pasangan itu.

Kenapa Fattzura Tak Tercalon Dalam Couple MeleTop? Ini Penjelasan Astro

IKLAN

Menerusi sumber dari Harian Metro, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris telah menafikan kata-kata daripada segelintir netizen itu dan berkata setiap pencalonan adalah termaktub dalam terma dan syarat pencalonan.

“Untuk pengetahuan, senarai pencalonan dibuka bermula 15 November 2016 sehingga 14 November tahun lalu dan terbuka kepada pasangan popular yang berkahwin sebelum tarikh akhir pencalonan.

 

“Dalam isu pasangan ini, mereka bernikah 27 November lalu dan secara automatik tidak layak dicalonkan. Memang pada awalnya, barisan panel terbabit cuba untuk menyenaraikan nama mereka tetapi kami perlu bersikap telus dan adil.

 

“Kami sudah menjangkakan kekecohan akan berlaku tetapi perlu diingat AME bukan acara anugerah sebarang yang diwujudkan sekadar suka-suka. Kami ada penilaian dan peraturan tersendiri serta tidak boleh melanggar syarat sedia ada,” katanya kepada Harian Metro.

Walau bagaimanapun Namanzee berkata pasangan tersebut turut tercalon dalam kategori lain.

IKLAN

Antara pasangan selebriti yang tercalon dalam Anugerah Couple MeleTop adalah, Akim Ahmad dan Stacy, Mawar Rashid dan Raf Yaakob, Jep Sepahtu dan Sari Yanti, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran dan ramai lagi.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

IKLAN

MH harap para netizen di luar sana faham dengan penjelasan daripada Namanzee mengapa Fattah dan Fazura tidak tercalon dalam anugerah tersebut.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI