Pelakon Izara Aishah tumpang gembira atas perkahwinan rakan selebriti, Neelofa bersama pasangannya, Haris Ismail, pagi Sabtu.
Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu berkekalan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, tahniah Kak Lofa (Neelofa). Haris tolong jaga Kak Lofa elok-elok. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah, insya-Allah,” katanya.
Izara, 28, pada masa sama mengimbas kenangan bersama bekas hos MeleTop itu sewaktu terlibat dalam Dewi Remaja lebih 10 tahun lalu.
Ads
“Ketika sama-sama menyertai Pencarian Dewi Remaja, kami sering bersama. Malah saya kenalinya sejak usia 15 tahun. Saya anggap Neelofa sebagai kakak.
“Dia pernah ambil saya daripada sekolah. Ya, hubungan serapat itu antara dia dengan saya. Jadi, pada hari bahagianya, saya rasa sebak.
“Bila dia menuju ke pelamin, meremang bulu roma. Momen ini yang ditunggu sejak sekian lama. Alhamdulilah, amen,” katanya lagi.
Ads
Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor,32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail,26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi.
Menerusi Pencarian Dewi Remaja edisi 2009/10, Neelofa telah dinobatkan sebagai juara sementara Izara pula menduduki tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Shangkaree Nadarajan.
Ads
Selain mereka, edisi tersebut turut melahirkan beberapa pelakon popular tanah air seperti Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Ramona Zam Zam dan Azar Azmi.
Lantas, rata-rata rakan selebriti serta peminat telah menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Alam telah mengikat tali pertunangan bersama gadis berusia 20 tahun itu pada Ogos lalu.
MH mengucapkan tahniah kepada Alam dan isteri.
Foto: Instagram Alisya Najwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Nur Syafiza Iskandar Azizan atau Feeya Iskandar kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak ketiganya.
Lalu, bintang radio ini ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Sebagai seorang ibu, Feeya yang baru sahaja bersalin pada 11 Februari lalu mendedahkan dia gemar mencium bau bayinya.
Feeya berkongsi rakaman video l sedang mencium anak ketiga itu yang dirakam menerusi aplikasi TikTok.
“Selain bau ketiak pasangan, bau baby antara bau paling best kan? sape mcm ni jugak? sedap nya bau baby. Baby boss #manjaboost @hauraherbshq,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Cukup manis dipandang. Tidak dinafikan, kebelakangan ini kian ramai artis wanita tempatan kita yang memilih untuk mengenakan hijab.
Malah, perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat dan semuanya mendoakan moga bintang tersebut terus istiqamah dalam penampilan.
Menarik, kami kongsikan selebriti kita yang kini selesa tampil bertudung sejak tahun lalu sehingga bulan Mac 2021. Masing-masing memang tampak lebih ayu kan?
Ernie Zakri
Penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial Mac tahun lalu.
Terbuka berkongsi, penyanyi Gundah ini sebenarnya menambah hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama. Bagaimanapun, niat tersebut semakun kuat selepas seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.
Kilafairy
Penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun. Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Malah sehingga kini, penampilannya yang kekal menawan meski menutup menjadi rujukan para wanita di luar sana.
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun tahun lalu.
Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini menerusi temu bual sebelum ini memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
Tash Yong
Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha tahun lalu. Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.
Fathia Latiff
Pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung. Dia yang kini mulai fokus berniaga menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.
Malah, dia juga dilihat telah memadam semua gambar yang tidak memakai tudung di laman Instagram. Doakan yang terbaik buat Fathia.
Hannah Delisha
Sudah pun bergelar isteri orang, bintang asal Singapura, Hannah Delisha beberapa bulan lalu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”.
Zara Zya
Pelakon, Zara Zya, 36, membulatkan tekad untuk bertudung sejak awal September tahun lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut.
Selain berlakon, dia juga kini aktif dalam bisnes makanan dan kek.
Ika Nabella
Ibu kepada seorang cahaya mata ini mula berkongsi mengenai dirinya yang kini tampil bertudung sekitar Oktober tahun lalu.
Ika menerusi laporan media meminta ramai agar mendoakan agar dirinya kekal istiqamah. Malah, pelakon Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan dia sudah lama berhijab, tetapi tidak dikongsikan dalam laman sosial.
Intan Sarafina
Penyanyi Intan Sarafina berkongsi kepada media dia telah pun bertudung litup sekitar Januari lalu. Jelas Intan, dia mula tekad untuk berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri sehingga dimasukkan ke wad pada 17 Januari lalu.
Bintang Gegar Vaganza musim ketiga ini juga turut mendedahkan, dia kini berada lebih gembira dan tenang.
Syanie Hisham
Bintang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 19 Februari lalu pula mendedahkan keputusannya untuk berhijab disambut baik ahli keluarga serta suaminya, Zahril Hafiz Mohammed Nor.
Syanie, 47, juga mengakui telah pun menyatakan hasrat murni itu kepada suami (ketika itu masih bertunang) untuk berhijab sebelum ini.
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.