“Kena Posting Nanti Ada Org Cakap Tiruan” – Kata Aliff Syukri…Tapi Dijawab Zarina Anjoulie!

Share

Terbaru usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri atau dikenali sebagai Aliff Syukri telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

“kena posting nanti ada org cakap tiruan beli utk reward mobile partner @as.legacymalaysia” tulisnya. 

Lantas, kapsyen gambar abang terlajak laris itu dijawab oleh seorang pelakon, Zarina Anjoulie.

“Maybe sebab aku pakai baju Gucci fake haritu tu kot . Pastu semua org bahan so dato tak nk kena camtu. But honestly aku tak kisah pun org memang Bayar aku utk review barang cap ayam … janji aku ada duit nk beli susu anak .” tulisnya. 

Zarina berkata sebelum ini dia pernah menerima kencaman daripada netizen gara gara memakai barang tiruan dan Zarina merasakan Aliff Syukri tidak mahu perkara sedemikian berlaku kepadanya. 

Setelah itu, ada netizen memberi kencaman kepada Aliff Syukri yang dikatakan riak.

Lalu, netizen bersetuju dengan komen yang diberikan oleh Zarina kepada Aliff Syukri. Malah, netizen juga turut berhibur melihat gelagat mereka berdua. 

Alahai, kelakar betul Zarina ni, ada-ada sahaja nak usik Aliff Syukri.

Foto : Instagram Aliff Syukri

IKLAN