Seperti yang kita tahu sebelum ini pelakon veteran Norlia Ghani ada meluahkan rasa kekecewaannya apabila dikatakan terlalu sibuk dengan jadual pengambaran sehinggakan banyak job-job baru tidak ‘singgah’ ditempatnya.
Walhal sebenarnya Norlia sudah tiga bulan tidak bekerja.

MH Online bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya atau lebih selesa dipanggil Mama Norlia.

“Oh pasal kes itu ya? Tak apalah, mama tak kisah. Biasalah bila dalam industri memang perkara seperti ni selalu jadi. Tak jadi pada mama, akan jadi pada artis lain.

 

“Kalau nak tahu sejak dari bulan puasa sehingga kini mama langsung tak ada job. Kiranya dah tiga bulanlah jugak. Last mama berlakon untuk drama raya. Bayangkan mama tak ada apa-apa income. Rupa-rupanya ada orang beritahu mama yang kononnya mama terlalu busy sebab tu lah ramai yang tak panggil mama.

 

“Nak marah pun tak guna juga, sebab kawan-kawan kita sendiri. Jadi mama percaya setiap orang ada rezekinya. Cuma tak baguslah berperangai seperti itu sampai nak caras-caras orang,” jelasnya pada MH Online.

Ads

Agak sedih dengan apa yang terjadi mama Norlia sempat berkongsi perbezaan industri dahulu dan kini, katanya zaman dulu rakan-rakan artis sentiasa akan berkerjasama. Malah ada yang memberi cadangan serta nombor telefon untuk gantikan tempat mereka sekirannya tidak boleh memberi komitmen.

Ads

“Bebeza sangat industri sekarang dan dahulu. Zaman dulu tak ada orang nak potong-potong jalan semua, kami tidak akan cuba sabotaj masing-masing kerana percaya pada rezeki.

“Malah, kalau ada pengarah tanya ada tak kenalan yang boleh berlakon untuk watak sekian, kami akan beri cadangan malah berikan nombor sekali untuk dihubungi. Kalau watak itu okay dengan dia maka okaylah. Jika tidak kita bagi yang lain,” katanya dengan nada sayu.

Norlia Ghani Tiga Bulan Tak Ada Job, Kena Caras

Ads

Sungguhpun agak sedih dengan apa yang terjadi tetapi mama Norlia tetap bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan positif seperti Fauziah Nawi.

“Fauziah Nawi ada call mama bila tahu cerita ni. Dia banyak bagi nasihat dekat mama. Lama dia cerita panjang lebar. Syukur dia ada, dia banyak bagi kata-kata positif. Jangan risau, mama okay sahaja,” beritahunya lagi.

Apa pun MH Online doakan yang terbaik buat Norlia Ghani, kami harap, selepas memberi penjelasan ini ramai yang buka mata tentang keadaan pelakon veteran ini sekarang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI