Tahniah diucapkan kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof yang telah mengharumkan nama negara apabila diangkat sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Munafik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke 57 di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.

Jelas Syamsul, dia telah dimaklumkan oleh Finas bahawa mereka berminat untuk menghantar dua filem mewakili negara iaitu Ola Bola dan Munafik.

IKLAN

“Jadi saya seperti biasa okay sahaja dan tidak letak harapan tinggi kerana seperti mana yang kita semua tahu filem-filem luar negara lain yang bertanding pun hebat-hebat. Jadi apabila dimaklumkan oleh pihak Finas malam tadi bahawa saya menang, saya jadi terdiam.

 

“Saya terdiam kerana tak sangka akan dapat anugerah tersebut di luar negara. Bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana diberi anugerah di tahap antarabangsa dalam usia 33 tahun. Nak kata muda tak adalah muda sangat,” ujarnya berseloroh.

Kemenangan Syamsul Yusof, Anggap Rezeki Anak

IKLAN

Tambahnya dia masih lagi berasa kerdil kerana baginya banyak lagi perkara yang perlu dia pelajari.

IKLAN

“Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Yasmin Ahmad, Datin Seri Tiara Jacquelina, Maya Karin semua itu nama-nama besar yang hebat yang pernah menang. Jadi apabila nama saya tersenarai, saya kaku sekejap.

 

“Bagi saya ini saya anggap rezeki anak. Kemenangan ini juga bukan untuk saya seorang tetapi untuk seluruh industri filem Malaysia,” ujarnya yang tidak henti-henti mengucapkan syukur

Dalam pada itu, Syamsul juga memaklumkan bahawa dia kini sibuk dengan proses menyiapkan filem Munafik 2 yang dijangka ditayangkan pada awal tahun depan.

“Sudah semestinya kejayaan ini satu lagi tanggungjawab besar dan pembakar semangat untuk saya. Jangan harap anugerah tetapi anugerah akan hadir sebagai satu bonus,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI