Sebut sahaja Dewi Remaja pasti kita akan teringat kepada alumni-alumni pertandingan ini yang berjaya menempa nama cemerlang dalam industri seni hiburan tanah air. Personaliti popular seperti Scha Alyahya, Neelofa, Annahita Bakavoli, Raysha Rizrose, Aleeza Kassim dan Juliana Banos memulakan langkah mereka apabila masing-masing bergelar juara Dewi Remaja.
Namun bukan hanya juara sahaja yang berjaya menempatkan diri mereka dalam dunia seni dan hebat dalam apa yang mereka lakukan. Nama seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Anna Jobling, Ramona Zam Zam, Rita Rudaini, Azah Aziz, Fify Azmi, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi antara bukan juara yang berjaya mencipta dan berada dalam kelas tersendiri.
Juara bagi edisi paling baharu iaitu Dewi Remaja 2019, Shaza Bae kini semakin mencipta nama. Bergelar hos, pelakon dan model, dia kini rancak menerajui beberapa siri drama sebagai pelakon utama lantas melonjak namanya lebih tinggi.
Setelah tiga tahun berlalu, pertandingan Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12 untuk tahun 2022. Jom kita intai 10 trivia menarik mengenai pertandingan ini.
Malam finale Dewi Remaja 1985/86.
DEWI REMAJA BERUSIA 37 TAHUN
Tahun ini menyaksikan sudah 37 tahun pertandingan ini diadakan. Edisi pertama yang bermula pada tahun 1985 menyaksikan Tengku Anis Tengku Ismail berjaya menyandang gelaran juara. Ketika itu dia memenangi sebuah kereta Proton Saga dan juga tiket penerbangan ke London sebagai sebahagian pakej hadiahnya.
Scha Alyahya di malam difinale Dewi Remaja 2009/2010 yang menyaksikan Neelofa diangkat sebagai juara.
PERTALIAN DARAH
Untuk pengetahuan anda, juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya merupakan anak saudara kepada penyanyi, Sheril Aida yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja edisi pertama. Selain mereka, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, Tunku Affie Rania merupakan anak kepada model popular, Toh Puan Mimi Wahedah yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 1987/1988.
Jasmeen kaur Dhillion diapit finalis-finalis lain pada malam kemenangannya.
PEMENANG BUKAN MELAYU
Dewi Remaja bukanlah khas untuk gadis Melayu sahaja, sebaliknya ia dibuka untuk semua kaum di Malaysia. Jasmin Kaur Dhillon, pemenang Dewi Remaja edisi ketiga merupakan wanita keturunan Punjabi. Selain Jasmin, antara finalis bukan Melayu lain yang popular ialah Irene Santiago, Pushpa Narayan dan Looi Mei Lin.
TARIK DIRI
Beberapa personaliti popular tanah air pernah tersenarai sebagai finalis namun mereka menarik diri atas sebab peribadi dan tidak muncul di pentas finale untuk merebut gelaran juara. Antaranya seperti Puan Sri Tiara Jaquelina, Rozita Che Wan dan Intan Ladyana.
Juliana Banos, Dew Remaja 1999 bersama pemenang Dewi Favourite bagi tahun itu.
PENYANYI POPULAR
Juara Dewi Remaja 1998/1999, Juliana Banos bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon bahkan dia juga popular sebagai penyanyi. Lagu-lagunya seperti Mana Satu, Cinta Gila dan Sehidup Semati masih lagi segar untuk didengar sehingga kini. Personaliti ini walau bagaimanapun sudah tidak aktif dalam dunia seni dan menumpukan perhatiannya kepada keluarga.
FINALIS BERDARAH DIRAJA
Finalis Dewi Remaja iaitu Kuza, Zarina Jamalullail dan Tunku Affie Rania memiliki pertalian dengan keluarga Diraja Malaysia. Kuza atau nama sebenarnya YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani merupakan finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Kelantan.
Tunku Affie Rania bersama ibu dan ayahnya. Ibunya Toh Puan Mimi Wahedah merupakan alumni Dewi Remaja edisi kedua.
Finalis Dewi Remaja 2009/2010, Zarina Jamalullail atau nama sebenarnya YM Sharifah Zarinatasha binti Dato’ Sri Syed Azni Jamalullail merupakan kerabat Diraja Perlis sebelah bapanya. Akhir sekali, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, YM Tunku Affie Rania binti Tunku Fauzi pula memiliki darah Diraja di sebelah bapanya yang berasal dari Kedah Darul Aman.
Dewi Remaja Edisi 2015 merupakan edisi pertama gadis berhijab menjadi sebahagian daripada finalis. Bermula dari edisi ini, gadis-gadis berhijab dialu-alukan untuk bersaing bersama gadis lain yang tidak berhijab. Finalis berhijab pertama yang berjaya tembus sebagai Top 5 sekaligus beraksi di pentas finale ialah Syamira Nazir. Dia yang berjaya memenangi tempat keempat bagi edisi Dewi Remaja 2019 kini bergelar pengacara di saluran televisyen ntv7.
KEMENANGAN DITARIK BALIK
Edisi Dewi Remaja 2018 menjadi salah satu edisi yang penuh kontroversi apabila mahkota yang menjadi milik Haneesya Hanee ditarik balik lantaran video viral di sebuah kelab malam yang tersebar di media sosial sejurus kemenangannya. Dia kini tetap aktif dalam dunia seni dan peragaan, bahkan pernah memenangi anugerah artis baharu wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.
GELARAN DEWI INSPIRASI
Gelaran Dewi Inspirasi mula diberikan pada edisi Dewi Remaja 2018 menyaksikan Aween Ismail menggondol gelaran ini. Kemudiannya bagi edisi Dewi Remaja 2019, Nina Amin berjaya memenangi anugerah ini. Untuk pengetahuan anda mereka bukanlah finalis top 5 namun pemilihan mereka sebagai pemegang gelaran ini diberikan atas nilai positif yang diserlahkan ketika menjalani pertandingan.
Nina Amin kini antara peragawati tempatan yang in demand.Raysha Rizrose, Dewi Remaja 2014/2015 menyarungkan sash kepada Aween Ismail.
Kini Aween mula begiat dalam dunia lakonan. Membintangi filem Mael Totey the Movie, dia memegang watak utama sebagai Yaya. Nina pula aktif sebagai peragawati di bawah agensi ternama TheModelsLab KL dan kerap membintangi kempen fesyen jenama-jenama terkenal tanah air.
Kini Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-12 bagi mencari personaliti seterusnya yang akan memegang gelaran Dewi Remaja 2022. Untuk pertandingan kali ini, pihak penganjur, Team Remaja dan Astro akan bersama menuju ke empat lokasi di seluruh bahagian tanah air bagi mencari calon paling layak mengisi barisan finalis. Empat lokasi roadtour uji bakat ini bertempat di Johor Bahru, Kota Kinabalu, George Town dan Shah Alam.
Juri Pedas program Big Stage minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat meminta penyanyi muda, Tuah Adzmi untuk mengetahui apa kekurangan yang telah dilakukan di dalam sesebuah persembahan yang dijayakan.
Menurut Syafinaz, ia penting bagi memastikan kualiti persembahan penyanyi itu menjadi lebih baik.
“Sebagai penyanyi kita kena pastikan sama ada kita lakukan kesilapan (dalam nyanyian) atau pun tidak. Sekurang-kurangnya awak kena tahu.
“Misalnya di sini saya nyanyi ‘flat’ maksudnya tidak mencapai nada yang sepatutnya. Ataupun di sini saya nyanyi ‘sharp’ iaitu terlebih nada daripada yang sepatutnya.
“Itu penting supaya awak boleh perbaiki diri pada masa hadapan. Kalau minggu lepas, maaf saya tidak menonton (persembahan Tuah). Mungkin awak marah kerana ‘pitch’ tapi hari ini saya tak nak marah, saya rasa awak perlu tahu sendiri (kesalahan),” katanya.
Syafinaz memberikan komen berkenaan selepas peserta Big Stage musim terbaru itu selesai menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin yang dipopularkan oleh Tajul & Afieq Shazwan.
Tuah turut diumumkan sebagai bintang ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung malam tadi.
“Selepas ini tengok balik persembahan di mana ada kesalahan intonasi. Pada saya masalah awak adalah… persembahan malam ini tak special, tak ada yang menarik minat saya untuk terus mendengar.
“Saya rasa itu adalah sesuatu yang perlu ada pada seseorang penyanyi yang mana kita perlu menarik minat orang untuk terus persembahan. Sekurang-kurangnya lagu yang dinyanyikan malam ini. Jadi kena fikirkan apa yang special awak boleh tonjolkan dalam setiap lagu.
“Jangan ikut penyanyi asal seratus peratus. Kena tukar. Bukan maksud saya tukar ‘pitch’ tau, tapi ubah ‘rasa’ dan cara penyampaian,” katanya sambil menyifatkan persembahan keseluruhan ‘tak best’ selepas ditanya hos.
Tuah mendapat markah sebanyak 62.6 peratus dan gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima.
Dua peserta lain yang menduduki dua tempat tercorot ialah Tegar Septian dan Megat Rahim.
Sementara itu, Aisha Retno sekali lagi berjaya menduduki tempat pertama, diikuti Elica Paujin, kedua dan Daniel Chuer di kedudukan ketiga.
Big Stage musim terbaru bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dihoskan oleh Alif Satar dan Elly Mazlien.
Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai berada di kerusi Juri Tetap, manakala Aliff Aziz kembali diundang sebagai Juri Juara. Usahawan, Datuk Seri Vida pula kekal sebagai Presiden Netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang menduduki kerusi Presiden Netizen di Big Stage 2022 akui terkejut dengan keberadaan Iqbal Zulkifli yang menjadi peserta ke-12 bagi program yang kini memasuki musim keempat itu.
Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, dia tidak menyangka selain menyifatkan nyanyian usahawan tersebut baik berbanding dulu.
“Sebenarnya saya tak sangka, terkejut tup tup tup… Dan memang… pada saya sedaplah. Tak tahulah… saya tengok memang berbezalah dibandingkan kalau dulu dia menyanyi dengan sekarang,” katanya.
Ditanya berapa markah yang mahu diberikan sekiranya boleh berbuat demikian, penyanyi lagu I Am Me ini akui akan beri markah yang tinggi.
“Saya bagi markah banyaklah. Bukan sebab saya ada apa-apa. Kalau nak diikutkan, kalau ada berbalah ke apa mesti saya beri markah sikit betul tak?
“Tapi saya profesional sebagai telinga yang sedap didengar. Saya rasa dia pun adalah nilai nyanyian dia. Improve sangat banyak, sedap didengar dan ‘melayang’ saya rasa penonton di rumah.
“Tempo apa semua tu… saya rasa saya pun memang ada masalah tu. Tapi yang penting tidak mengecewakan, tidak kelaut suara. Sedap dengarlah. Tidak off tempo terus,” katanya.
Mengulas mengenai pemilihannya sebagai antara yang terlibat secara langsung dalam program nyanyian bakat baru ini, Vida akui mahukan yang terbaik.
“Saya terkejut kerana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan, biasanya kena kecam. Tapi Presiden Netizen kena balance. Tiada lagi dan saya tak nak dah kecaman.
“Saya harap boleh menerima saya dalam Big Stage 2022 dan saya mahu yang terbaik. Saya mewakili suara anda netizen di luar sana,” katanya ketika ditemubual menerusi segmen Big Stage Live+.
Vida terdahulu memulakan tugasnya dengan permohonan maaf secara terbuka kepada semua sekiranya ada perkara yang mengguris hati, terkasar bahasa dan tersilap kata.
Sejak beberapa hari lalu, peningkatan jumlah bilangan kes Covid-19 ditambah pula isu menolak pengambilan dos penggalak nyata mengundang kerisauan dalam kalangan rakyat di negara ini.
Antara yang turut meluahkan perasaan bimbang terhadap situasi semasa ini termasuklah pelakon popular, Elfira Loy.
Menurut Elfira, dia berasa agak hairan dengan sikap segelintir pihak yang dilihat masih berdegil dan enggan mempercayai jumlah peningkatan semula kes harian baharu Covid-19 ketika ini.
“Saya tak faham kenapa masih ada orang yang tak percaya jumlah bilangan kes Covid-19. Setiap hari, orang di sekeliling saya ada je yang kena Covid-19.
“Hampir setiap hari saya nampak orang baru yang terkena Covid-19 atau menjadi kontak rapat,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Stories.
Malah, Elfira juga turut meluahkan rasa runsing apabila pembantu peribadinya juga harus menjalani tempoh kuarantin buat sementara waktu.
Lantaran itu, bintang berusia 28 tahun ini menyeru kepada semua pihak untuk segera mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak sekiranya ini melakukan rutin harian seperti biasa.
“Seperti pembantu peribadi saya. Dah kena kuarantin. Sekarang saya tiada PA dan saya sangat sibuk minggu ni.
“Tak mahu ambil booster tak mengapa tapi jangan keluar lepak dekat tempat sesak. Nak sangat lepak, pergi ambil booster.
“Nervouslah. Sekejap je boleh kena Covid-19,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, adik kepada Elfira yang juga nerupakan pelakon, Ezzrin Loy turut telah disahkan dijangkiti Covid-19 pada Isnin.
Semalam, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan sehingga melepasi angka 13,000 dengan 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...