Aktor, Zul Ariffin mengakui rasa marah apabila foto alat sulit yang didakwa miliknya kecoh dalam media sosial, baru-baru ini.

Bagaimanapun, hero filem J Revolusi itu bagaimanapun turut menyifatkan apa yang berlaku kelakar memandangkan ia bukanlah sekeping gambar yang ‘elok’ untuk dipandang.

“Kelakarlah Sebab Itu Bukannya Gambar ‘Juadah Buka Puasa’,” – Jawapan Win Zul Ariffin Bila Komen Isu Foto Alat Sulit

“Bila ia mulai diperkatakan, saya tak tahu nak cakap apa sebab nak tuduh pun saya tak tahu siapa. Nak buat tindakan pun tak boleh. Apa yang boleh saya cakap ialah, mungkin sebab pengikut di Instagram pun ramai selepas beberapa tahun ini.

 

“Cuma nasib baiklah saya dapat balik akaun saya. Sesetengah artis dikena godam, ada yang tak dapat balik akaun mereka. Rasa lega,” katanya yang mengakui mahu positif sahaja terhadap isu tersebut, meski sedikit sebanyak turut memberi kesan.

 

“Ya, saya marah. Malu tak ada benda nak malu. Cuma kelakarlah sebab itu bukannya gambar ‘juadah buka puasa’. Gambar macam tu nak kata apa. Saya tahu pun bila ada rakan yang WhatApps. 

 

“Balik dari Bukit Fraser masa tu tengah angkat beg. Bila dapat tahu saya campak habis semua beg. Saya tengok, dua minit ia dimuat naik. Kalau kawan saya tak WhatApps, dua hari lah gambar tu kat situ,” katanya kepada MH.

Mengenai kemungkinan kontroversi penyebaran foto ‘anu’ itu mungkin mempunyai unsur sabotaj, pelakon tersebut tidak mahu menuduh sesiapa.

“Saya tak mahu tuduh sesiapa tapi mungkin ada. Apapun, saya dah ‘move on’ dan hanya mahu beri fokus kepada kerja sahaja,” jelas bintang berusia 32 tahun ini.

Terdahulu, Zul yang baru sahaja putus kasih dengan aktres Zahirah MacWilson dikerumuni wakil media ketika menghadiri majlis Primavalet Fashion Hub 2018 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

IKLAN

“Kelakarlah Sebab Itu Bukannya Gambar ‘Juadah Buka Puasa’,” – Jawapan Win Zul Ariffin Bila Komen Isu Foto Alat Sulit

Turut sama terlibat di dalam projek di bawah jenama fashion hub terkemuka itu ialah Janna Nick, Siti Nordiana, Atikah Suhaime, Alif Satar, Amyra Rosli & Amar Baharin, Farah Nabila dan ramai lagi.

“Kelakarlah Sebab Itu Bukannya Gambar ‘Juadah Buka Puasa’,” – Jawapan Win Zul Ariffin Bila Komen Isu Foto Alat Sulit

IKLAN

Foto: MH dan Instagram Zul Ariffin

Ikuti sedutan temu bual bersamanya menerusi FB Live MH.

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI