Meski baru memulakan persaingan yang pertama, program Mentor Otai yang kini bersiaran secara langsung di TV3 setiap Ahad jam 9.00 malam sudah menjadi cakap-cakap ramai apabila kualiti serta kewibawaan penyanyi, Elly Mazlein saat mengacarakan program tersebut bersama rakan hos, Haziq (Hot FM) dipersoalkan segelintir penonton.

Malah, ada juga yang mengkritik cara kendaliannya yang dianggap terlebih gedik dan mengada-ngada menerusi media sosial.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Elly yang sudah lali dengan pandangan sedemikian memberitahu, dia sudah tidak kisah dengan segala kecaman atau kritikan yang dilihat hanya menjatuhkan reputasi dan keyakinannya.

Bagi Elly, adalah lebih baik untuk dia fokus dan setidaknya mendengar apa yang perlu diperkaiki mengenai mutu pengacaraannya daripada pihak produksi.

IKLAN

“Kejian Yang Mereka Beri Itu ‘Manis’. Hidup Ni Usah Terlampau Sensitif Dan Cepat Sentap!” – Konsep ‘Tak Care’ Kak Lina Pada Haters

“Buat apa saya nak dengar kata-kata mereka. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang dan saya sendiri pun boleh dikira baru nak jadi pengacara. Jadi mesti ada yang kurang dan saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

 

Lebih baik saya ambil kita pandangan daripada produksi yang lebih jujur dan profesional. Bukan kritik hingga dah sampai tahap menjatuhkan kita.

 

“Tapi terima kasih juga buat mereka yang memberi pandangan secara baik. Yang keji pula tak mengapa kerana kejian yang mereka beri itu ‘manis’,” katanya kepada MH.

Menyifatkan dirinya sudah kalis dengan kecaman kerana pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih besar sebelum ini, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini mengakui gemar hidup dalam situasi tenang, tanpa ada rasa sensitif yang melampau-lampau.

IKLAN

“Hidup ni usah terlampau sensitif dan cepat sentap. Kalau orang cakap kita gedik, mengada-ngada janganlah kita nak kecil hati. Sebab kalau kecil hati nanti kita yang rugi,” seloroh Elly. 

Dalam perkembangan lain, janda beranak satu ini juga kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 21 episod, Teratai Kemboja di samping Fasha Sandha dan bakal bersiaran di TV3 itu bakal ditayangkan Ramadan ini.

IKLAN

Foto: Instagram Elly Mazlein

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI