Filem Rompak melakar sejarah tersendiri apabila diterbitkan dengan memanfaatkan teknologi baru NFT (Non-Fungible Token) yang didokong oleh ribuan ahli komuniti yang menjadi pemegang NFT bagi filem ini.
Filem yang dibintangi barisan bintang terkenal seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique dan Azhar Sulaiman ini bakal menjadi karya filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT.
Rompak mengangkat tema isu penipuan dan ‘scam’ yang seringkali berlaku di kalangan masyarakat negara ini.
Diterbitkan secara bersama antara portal kewangan Intraday.my dengan syarikat produksi 4ward Pictures, telah dilangsungkan majlis tayangan perdananya di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pemegang NFT filem ini sekaligus melancarkan iklan digital NFT 3D dan runut bunyi lagu filem berkenaan berjudul Tragis.
Lebih istimewa, pelancarkan tersebut turut disiarkan di papan iklan digital gergasi di pintu masuk pusat beli belah Pavilion dengan disaksikan ribuan pengunjung.
Produksi filem Rompak terbitan Intraday.my menjadi yang pertama memanfaatkan NFTdengan utiliti khas kepada pemiliknya dan bukti pemilikan NFT ini disimpan di dalam rantaian blok, menjadikannya “tidak boleh diubah” dan unik sehingga mempunyai nilai tersendiri yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moshed Mohamad berkata sudah tiba masanya NFT diterima dan diguna pakai di negara kita.
Ads
“Dalam erti kata mudah, NFT iniboleh difahami melalui situasi sebegini. Bayangkan ada sebuah karya seni digital yang mempunyai pesona dan tarikan tersendiri tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai.
“Tapi kita tahu, karya digital sebegitu mudah saja ‘dicuri’ sesiapa dengan kepesatan teknologi sekarang. Ada saja pihak yang sewenang-wenang ‘merompak’ tanpa memberikan kredit atau maklumat sumber diperolehi.
“Jadi melalui penggunaan NFT itu, karya seni ini boleh dilindungi dan disifatkan sebagai aset yang ada nilai tersendiri,” kata Moshed.
Tambah Moshed lagi, NFT ini terikat dalam satu kontrak yang berada dalam blok rantaian sampai bila-bila.
Ads
Katanya, pengguna atau peminat juga mempunyai hak milik tertentu ke atas karya filem itu bergantung cara pemilikan yang ditentukan pihak penerbitan.
“Umpama orang guna barang ‘rare’ atau barang koleksi edisi terhad. Barang itu tentunya asli dan kita boleh menjejaki siapa pemilik asalnya menerusi NFT. Blok rantaian itu pula dilihat seperti kod di mana orang luar dapat lihat dan tahu ia kepunyaan siapa.
“Seperti projek filem Rompak, kita keluarkan NFT yang dipanggil sebagai pemegang projek. Bererti mereka yang menyokong filem ini, kita boleh kesan mereka.
“Sebagai contoh, kita jual 1000 saham atau pegangan sebelum ini tanpa boleh tahu siapa mereka. Tapi sebaliknya dengan NFT kita boleh tahu. Mereka yang beli dan memiliki NFT filem ini juga dapat merasakan ia seperti karya kepunyaan mereka. Malah mereka juga mendapat manfaat termasuk keuntungan 20 peratus daripada royalti filem apabila ia ditayangkan nanti,” katanya.
Ads
Kepada mereka yang ingin mendapatkan NFT filem Rompak boleh layari intradaynft.io.
Anak lelaki kepada selebriti versatil, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu.
Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ‘ditemani’ bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia esok.
“Menghitung hari, mommy dan daddy doakan semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Abang.
“Mommy tahu Abang kuat. Mommy akan sentiasa berada di sisi Abang tak kira apa pun yang berlaku.
“Ya Allah Ya Tuhanku Kau berilah kekuatan buat anakandaku Muhammd Dhanial untuk hari bahagia yang akan diraikan. Amin ya rabbal al amin,” tulis Didie di ruangan kapsyen.
Didie juga turut memuat naik sebuah video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial.
Allahyarham Ridzuan meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap sekali dengan bapanya.
Didie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan mendedahkan hubungannya dengan rakan artis, Wany Kayrie masih lagi baik meski hanya berhubung menerusi media sosial sahaja kebelakangan ini.
Memilih untuk tidak terlalu memikirkan mengenai soal hubungan cinta di antara mereka, Afieq,24, bagaimanapun mengakui ada meraikan ulang tahun kelahiran bintang asal Sabah itu Mac lalu.
“Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu. Malah kami pun sudah lama tak berhubung di antara satu sama lain.
“Kalau ada pun, hanyalah di media sosial. Bukan bergaduh, cuma dia sekarang sibuk dengan kerjaya dan kembali aktif berlakon. Saya sendiri pun ada komitmen dengan lakonan.
“Saya pun tak tahu nak cakap bagaimana… Senang cerita kami ni sama sahaja, suka main tarik tali. Cuma, biasalah perempuan akan jual mahal.
“Akan tetapi baru-baru ini saya ada berikan ucapan bersempena dengan hari jadinya selain berikan hadiah yang diidamkannya. Dia sendiri pun tak jangka saya berikannya hadiah tersebut,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai hal tersebut dengan lanjut, Afieq yang kini popular menerusi lagu Lelaki di Telefon mendedahkan, mereka hanya teman rapat dan bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja ketika ini.
“Kami berkawan, kalau nak dikatakan kami ni ‘teman tapi mesra’, mungkin ya. Malah, kami juga dikelilingi rakan-rakan yang sama.
“Jadi, tiada masalah untuk saya dan Wani berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya yang turut menghormati peminat yang menyokong hubungan baiknya dengan Wani atau sebaliknya.
Sebelum ini, keakraban mereka diperkatakan ketika mereka sama-sama menyertai program Big Stage musim pertama, tiga tahun lalu. Malah ada ketikanya, masing-masing turut memuat naik foto dan video bersama di akaun media sosial.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hubungan antara pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop, difahamkan pernah melalui detik tegang apabila Ariz mendakwa, dia pernah menerima perintah injunksi pada Disember...