“Siapa kata saya dah berhenti menyanyi? Saya masih aktif cuma tiada pendedahan di kaca televisyen sahaja,” kongsi penyanyi sensasi lewat 90-an, Leina Hangat apabila ditanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.
Cuma baginya, skala aktif itu kian berkurangan kerana perlu memberikan komitmen lebih terhadap keluarga.
“Alhamdulillah rezeki Allah masih lagi ada lagi. Selepas tamat kontrak dengan sebuah label muzik tidak lama dulu, saya bergerak sendiri,” katanya kepada MH.
Lebih 20 tahun bergelumang dengan seni, bintang yang sinonim menerusi lagu Ceria Dalam Gundah ini akui, dia kini sudah tidak lagi ambil pusing andai apa yang kurang mengenai atau sesuka hati memberikan gelaran lain terhadap nama komersialnya itu.
“Pada saya tak kisah orang nak panggil dengan nama Leina Hangat ke… Sekarang ni ada yang panggil dengan nama ‘Leina Suam-Suam Kuku’, Leina Hangit’ ada. Saya terima dengan seadanya.
“Memadai dengan saya nama sebenar yang diberikan Allaharham bapa, Norazlina Abdul Rahman yang bermakna Cahaya Gembira. Lina itu bermaksud ‘gembira’ dan Hangat itu ibaratnya sentiasa ‘hangat bergembira di Hari Raya’.
“Jadi saya tak kisah orang nak panggil dengan nama apa pun, asalkan yang eloklah. Ia sekadar nama. Cuma nama yang baik untuk saya sebagaimana yang tertulis di kad pengenalan itu yang lebih penting,” terangnya lagi.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon ini ditemui pada majlis Pelancaran Busana Munawwareen 2020 di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ditanya mengenai sejauh mana keunikan nama komersialnya itu sendiri sehingga ia kekal ‘melekat’ sampai sekarang, pelakon filem AWAS ini pada awalnya akui agak malu untuk memperkenalkan diri.
“Ada juga yang tanya Leina mana ya? Bila saya nak cakap nama Leina Hangat itu, demi Allah saya malu, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Akan tetapi disebabkan nama itulah, saya teruskan apa seadanya. Keliru juga nak perkenalkan diri. Cuma pada saya tidak salah pun,” kata Leina yang masih lagi ceria dan suka bergurau.
Terdahulu, penyanyi yang pernah menghasilkan album Tamil ini mulai mengenakan hijab kira-kira 10 tahun lalu.
Kali terakhir dirinya mengeluarkan naskhah seni adalah menerusi sebuah album kompilasi pada awal 2000.
Selain Ceria Dalam Gundah, ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia lapan tahun ini turut popular menerusi lagu Gara-Gara, Eh…Dangdut, Helo-Helo Sayang dan banyak lagi.
Pengacara dan pelakon, Hazman Al-Idrus sah menjadi suami kepada pengacara Tiaz Al-Khred pada tarikh istimewa, 2 Februari 2020.
Pasangan ini memilih majlis bertemakan Arabian untuk majlis pernikahan dan resepsi.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya secara sah menjadi suami kepada @tiaz_alkhred,” tulisnya beserta tanda palang #HazTiaz @haztiaz_official beserta kredit.
Pelakon, Saharul Ridzwan meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isterinya yang kini sukses mengeluarkan krim bibir jenamanya sendiri.
Di samping itu, bintang drama bersiri Camelia ini turut berkongsi cerita tentang kisah isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed yang tidak putus usaha dalam menjayakan produk terbarunya itu.
“RAMAI2 WISH GOOD LUCK BOLEH? Im so proud of you sayang, dalam 2 bulan ni, struggle betul awak nak siapkan lipcream awak ni.
“Photoshoot sorang2 ke sana sini meeting sorang2.
“Sy tolong mana yang boleh je sebab shooting kan, bila suruh tunggu awak ckp semua boleh buat, takut nanti tak dan siap kan. Jaga anak lagi, bawak baby dalam perut lagi.
“Alhamdulillah, hari ni settle satu kerja dengan shopee. Sy doakan semuanya Allah permudahkan utk awak sayang.
“Good luck sayang, Ingat satu benda, Allah selalu ada dengan orang yang berusaha, tawakal dan buat sesuatu dengan niat yang betul. Doa suami awak selalu ada dengan awak. Amin Ya Rabb.
“P/s: ni dia terbaring sleep kepenatan. Kita tengok je muka dia dengan penuh kasih sayang @deenaemir @qaabilabeauty @qaabila.hq,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...