Kecik-Kecik Dah Ada Brand Tudung Sekolah Sendiri, Netizen Puji Adik Ni Pandai Cari Duit

Share

Zaman sekarang ni, bukalah mana-mana media sosial mesti bersepah orang buat bisnes sendiri. Ada yang jual minyak wangi, make-up, tudung, baju… senang cerita nak cari apa semua ada!

Yalah, sekarang ni bukan macam dulu, semua benda pakai duit kan? Barang-barang pun kemain naik harga.

Sedang MH meninjau laman Twitter, ternampak pulak satu tweet famous mengenai gadis kecil molek yang menjual jenama tudung sekolahnya sendiri.

“Budah sekolah ni, ada 285k follower, pastu jual tudung sekolah brand sendiri. Ohh mann, this kid reti cari duit dari sekolah.

“Saluteeee #KitaOk,” tulis Nuyulhuda.

Respon netizen pun, MH tengok memang win lah…

Haa…bukan calang-calang tau adik Iman Syafiyah ni, follower di Instagram sahaja ada beratus ribu, kau hado? Kita nak dapat 1k follower pun susah.

Sambil stalk IG Iman ni, MH perasan jugaklah yang dia ini rupanya berkawan baik dengan aktor cilik, Mia Sara Nasuha.

Setahu admin, Mia pun aktif promote jenama tudungnya sendiri sekarang ni. Elok sangat lah tu, dua-dua pun comel, pandai cari duit lagi. Korang yang pandai kondem pakai fake account je tu, jual apa eh? Hiks!

sumber: Kisah Dunia

IKLAN