MH Online puji keberanian Datuk Seri Vida bukan sahaja berani mengambil risiko dalam bidang perniagaan, malah cukup berani untuk menceburi bidang nyanyian pula.

Apa yang boleh MH Online katakan, walaupun video klip rasmi belum ditayangkan, lagu I Am Me ini dikatakan agak ‘berhantu’ kerana sering bermain di fikiran pendengar.

Baru-baru ini, Vida telah membuat persembahan secara ‘live’ di Angsana, Johor Bahru bagi menghiburkan penonton terutamanya kanak-kanak dengan lagu barunya.

IKLAN

Walaupun Vida hanya ‘miming’ dan gerakkan mulut mengikut alunan lagu, tetapi ia tetap mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Bukan sahaja menyanyi, malah Vida juga menunjukkan bakatnya dalam bidang tarian.

Dengan mengenakan persalinan merah, Datuk Sri Vida kelihatan sangat yakin dan tidak malu untuk membuat persembahan.

IKLAN

Persembahan ini mendapat perhatian ramai apabila ia sempat dirakam dan dimuat naik ke sosial media.

IKLAN

Pelbagai respons diterima daripada netizen. Ada yang kurang selesa dengan tindakan pengasas produk kecantikan ini dan ada juga tidak ketinggalan memuji kebolehannya.

 Keberanian Datuk Seri Vida Nyanyi ‘Live’ Dapat Pujian  Keberanian Datuk Seri Vida Nyanyi ‘Live’ Dapat Pujian  Keberanian Datuk Seri Vida Nyanyi ‘Live’ Dapat Pujian  Keberanian Datuk Seri Vida Nyanyi ‘Live’ Dapat Pujian

Apa pun MH Online memuji kesungguhan Vida dalam membuat persembahan. Ternyata dirinya memang seorang yang menghiburkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI