Beberapa hari yang lalu kita telah mendapat berita bahawa pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih popular dengan panggilan Makcik Petir telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah pusat perubatan Johor bahru, Johor.

Terkini, pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin iaitu anak saudara kepada Noryati ada berkongsi keadaan kesihatan pelakon veteran itu menerusi akaun Facebooknya, pagi tadi kira-kira jam 8.00 pagi.

Menerusi perkongsian Shahrul itu, dia berkata keadaan kesihatan ibu saudaranya itu tidak menentu.

IKLAN

Keadaan Kesihatan Makcik Petir Tidak Menentu

IKLAN

“Assalamualaikum semua.

 

“Sekali lagi FB abam buat hal tetiba dia force to shutdown masa abam tgh beria ia tulis update panjang lebar pasal Mak Uda abam. Abam nak mencarut pun tak guna. So abam cuba bersabar jer lah.

 

“Apa yg abam boleh katakan keadaan Makcik Petir kesayangan korang ialah ‘uncertain & unpredictable’. Kejap doktor cakap keadaan dia okie. Kejap doktor cakap ‘bersedia lah berdepan dengan sebarang kemungkinan’. Pendek kata hari hari kami sekeluarga terima berita yg berbeza beza. A roller coaster situation we are having now.

 

“Tapi tu doktor yg cakap lah. Abam yakin derang bukan main sedap suka cakap walaupun abam sedikit indenial. Of course derang cakap berpaksikan pada ilmu dan pengalaman. Tapi abam tetap yakin Mak Uda abam jugak akan sihat seperti sedia kala. Yang penting sekarang ialah doa suami, anak anak, keluarga terapat dan doa kita yg sayangkan dia. Teruskan berdoa yer. I know she is a fighter.

 

“Salam Jumaat utk semua.

 

“*Sebenarnya selain dari Mak Uda abam yg tengah sakit ni, Mak Anjang abam jugak sedang diuji Allah. Secara kebetulan mereka berdua berkongsi hospital yg sama. Cuma Mak Anjang abam bukan di ICU. Semoga Anjang cepat sembuh yer. Nanti boleh buat roti bakar favourite abam tu. Annie Razak, Elmy Suhana dan Noor Safura Abd Razak. Thanx for being great daughter to Anjang. Stay beautiful girls,” tulis perkongsiannya.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar kesihatan kedua-dua ibu saudara kepada Shahrulezad ini kembali pulih seperti sediakala.

IKLAN

Sumber: Facebook Shahrulezad Mohameddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI