Ads

“Keadaan Dia Biasa Sahaja. Terima Kasih Kerana Bertanya Dan Mendoakan…,” – Bapa Mia Sara

Bapa kepada pelakon Mia Sara Nasuha iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh tampil memberikan reaksi berhubung isu yang kini sedang tular.

Menzahirkan rasa terima kasih atas keperihatinan semua pihak yang bertanyakan khabar mengenai anaknya, Ridhuan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi yang berlaku.

“Pihak kami belum ada sebarang komen buat masa ini,” katanya, petik Oh! Bulan.

Ridhuan dalam pada itu memaklumkan, anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik.

Ads

“Keadaan dia biasa sahaja. Terima kasih kerana bertanya dan mendoakan anak saya,” ujarnya lagi.

Dakwaan Cetus Perhatian

Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaibkan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental ibunya itu.

Ads

Malah Aqish turut mendakwa, wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu.

Ads

Turut viral di media sosial adalah pendedahan yang mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber; Oh! Bulan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Mereka Tidak Akan Menerima Apa-Apa,” – Penerbit Filem Terkenal, Tiffany Chen...

Penerbit filem terkenal Hong Kong, Tiffany Chen, mengesahkan bahawa dua anak lelakinya tidak akan menerima sebarang harta pusaka daripada wasiat yang telah disediakan, sekali...
error: Hello. Cannot.