Pengacara dan penyampai radio, Radin menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘kaki flirt’ kerana sering dilihat meninggalkan komen di Instagram kebanyakan artis wanita.
Menurut Radin, dia hanya mahu membina reputasinya bersama selebriti atas dasar kerja.
Pada masa sama, bintang radio ini juga turut mengakui dirinya seorang yang peramah dan gemar mencari rakan baru.
“Sebenarnya banyak yang saya komen dekat gambar artis wanita kerana saya punya show dekat radio saya temu ramah artis.
“Kadang diorang nampak bila saya komen artis perempuan je bila artis lelaki mereka tak nampak pun. Di situ mereka nampak saya ni macam nak try diorang nak flirt.
Ads
“Saya merupakan seorang yang peramah dan kerja saya adalah untuk bina reputasi sesama artis.
“Kadang-kadang orang triggered kata saya ni semua orang saya nak try tapi itulah kerja saya dan tak salah untuk saya berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang lain,” katanya memberi penjelasan.
Ads
Radin berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru program Mingguan Wanita musim terbaru.
Dalam pada itu, penyampai radio Era itu turut mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Ads
Terdahulu, Radin telah diperkenalkan sebagai salah seorang pengacara tetap Mingguan Wanita dan akan mengendalikan segmen ‘Makanan & Travelog’.
Mingguan Wanita Musim ke-2 akan mula bersiaran pada 8 Julai 2019 secara ekslusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Turut sama menyertai famili Mingguan Wanita musim ini ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Al Hadad dan Norman Hakim.
Kebiasaannya naskhah yang melibatkan perjalanan hidup seseorang itu dibuat garapannya sama ada dalam bentuk filem, novel atau rancangan dokumentari.
Namun lain halnya buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang kisah hidupnya sejak dari kecil kini diabadikan dalam rancangan animasi ‘Lu Pikir La Nabil Tuudeh..!
Mengambil latar kehidupan Nabil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Nabil merasa cukup teruja dapat berkongsikan kisahnya yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini.
“Saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.
“Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.
“Tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.
‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! yang diterbitkan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd. itu diarahkan oleh Syukur Majid.
Setelah rancangan animasinya berjaya direalisasikan, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu berharap selepas ini dia dapat menerbitkan filem berkisarkan tentang kehidupannya pada masa lalu.
“Saya berharap agar suatu hari nanti kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, InsyaAllah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.
Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.
Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.
Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.
Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.
Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.
Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April lalu, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengambil inisiatif murni dengan mengajurkan program gunting rambut secara amal, projek khas dari Zayan.fm nyata mendapat reaksi positif peminat.
Malah, kehadiran rakan penyampai yang turut sama memberikan komitmen sekali gus dilihat mencapai misi dan objektifnya.
Sambutan yang diterima juga cukup menggalakkan, sebagaimana menerusi beberapa video pendek yang dikongsikan penyampai radio berkenaan, Mawi menerusi Instagram miliknya, awal semalam.
Sambil berkongsi moment menarik sekitar, bintang Tiada Tajuk ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat, termasuk buat isterinya, Ekin dan saudara kembarnya yang turut sudi memberikan pulut kuning kepada yang hadir.
“Program gunting rambut gelandangan secara percuma.Memang best.
“Terima kasih pada barber2 hipster yg sudi luangkan masa & join program ni. Lu orang memang ‘world’.
Tahniah pada @zayan.my sebab selalu bikin program yg bagus & bagi manfaat pada orang lain. Terima kasih juga pada @ekinmawi_cahaya & @aennrahmat05sebab sudi sponser Pulut Kuning pada semua yang hadir,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memberi maklum balas positif terhadap projek murni yang diusahakan.
Penyanyi dan pelakon Ariff Bahran menitipkan nasihat ‘makan dalam’ buat seluruh umat Islam yang ingin mengejar kejayaan tetapi meninggalkan perintah Allah SWT.
Menurut Ariff atau nama sebenarnya, Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, tiada guna seseorang itu bersusah payah demi mengejar harta dunia tetapi usaha ke jalan akhirat diabaikan.
“Balasan terakhir yang Allah akan beri adalah Dia akan bagi segalanya di dunia ini. Tapi tinggulah di akhirat nanti macam mana?
“Saya bukannya alim tapi asas itu saya ada asas. Kalau anda ingat boleh kaya tanpa Allah, kau ni sebenarnya miskin dan papakedana. Kejayaan panggil kita lima kali sehari,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dengan nasihat tersebut selain turut menyatakan azam untuk sentiasa berubah untuk menjadi muslim yang lebih baik.
“Perkongsian yang ngam. Allah ada kuasa. Manusia tiada.
“Sebijik dia bagi ya. Baru tadi terdetik nak berubah jadi lebih baik. Sekali keluar video ni. Tersentak. Alhamdulillah, makin sedar. Terima kasih.
“Tahniah Adik. Influencer macam ni kita sokong.
“Ini baru betul nasihat. Sekarang ini, nasihat lembut-lembut ni payah,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih lebih 800,000 tontonan di Tik Tok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Ariff Bahrah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.
Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya...