Pelakon Rita Rudaini mempersoalkan tindakan bekas suami, Aidil Zafuan yang didakwa telah menyebut nama anak-anak ketika satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ritta memaklumkan dia bertambah bengang apabila hal ini turut dicampuri oleh netizen yang tidak tahu kisah sebenar.
“Geram tetap geram. Janganlah kacau orang… tolonglah. Semua orang tahu, kalau saya buat sesi siarang langsung, saya tak pernah nak jentik orang.
“Komen-komen negatif itu biasa tapi saya tidak akan baca. Orang di sana itu ada buat sesi live dan sebut fasal kami. Saya tahu pun sebab ada yang sampaikan.
“Pada saya, lantak dialah. Namun, bila ada pihak yang komen di Instagram saya kata ‘Kesiannya orang itu. Dia rindu sampai sebut nama.’
“Kenapa sekarang baru nak sebut nama? Kami jadi naik hantu. Kalau fasal anak, saya memang sensitif. Apa yang kami lalui, hanya Tuhan sahaja yang tahu,” katanya seperti yang dipetik.
Susulan itu, Rita menggesa bekas suaminya untuk berhenti menggunakan anak-anak demi kepentingan peribadi.
Ads
“Satu pesanan saya pada orang yang buat live itu dan tetiba-tiba nak sebut nama macam paling teraniaya. Bila perkara ini viral dan orang kata saya meroyan dan tak move on, siapa yang mulakan dulu?
“Kau nak jual sambal atau spender ke, tak payahlah nak buat marketing sampai sebut nama supaya orang nampak kesian. Selama ni tak sebut pun. Ini tiba-tiba rindu pula,” ujarnya lagi
Ditanya sama ada bekas suami pernah mengambil tahu perihal anak-anak, Rita memaklum hal tersebut tidak pernah berlaku sejak mereka kecil.
“Haram… Masa anak patah tangan, tak ada pun tanya. Padahal satu Malaysia tahu. Orang luar memang tak tahu dan salahkan kami sahaja. Kata saya tak bagi jumpa anak-anak.
Ads
“Hal ini sudah dipersetujui di mahkamah dahulu. Nak datang, datang sahajalah. Bila anak sudah besar panjang dan cerdik, tiba-tiba nak rindu. Itu yang saya marah.
“Kenapa sekarang? Kenapa tidak sewaktu saya susah dan anak masih kecil,” soalnya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Mami Jarum Junior ini turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh perkara sensitif melibatkan keluarganya
“Netizen-netizen baharu ini, mungkin mereka tak tahu kisah dahulu. Tolong jaga sensitiviti saya dan anak-anak. Ada kalanya, depan anak mereka kata muka sama macam bapa.
Ads
“Kemudian, tanya lagi ‘mesti pandai main bola macam bapa’. Tolonglah, kalau nak tanya, jangan dekat anak-anak tapi pada saya. Anda tak tahu apa perasaan anak-anak saya.
“Mereka tiada memori langsung. Kami gembira sahaja. Tak perlu konon-konon tahu perasaan anak-anak. Doakan sahaja yang baik-baik. Tak perlu melaga-lagakan orang.
“Saya yang jaga sampai berpeluh ketiak dari kecil, tiada pula nak kesian. Yang di sana bermodalkan air liur dan sebut nama, anda kata kesian,” akhirinya.
Untuk rekod, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada
2013.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan, 15 dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini & Tik Tok Melodi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak pengurusan Shila Amzah, Greyscale Australia memohon semua pihak agar menghormati ruang peribadi penyanyi tersebut lebih-lebih melibatkan isu peribadi dan hal dalaman keluarganya.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Shila atau Norshahila Amir Amzah, 33, di laman Instagram milinya itu, pihak pengurusan diwakili Darren Kong berkata mereka menyedari spekulasi berkaitan keluarga Shila hangat diperkatakan ramai namun hal peribadi bukan berada di bawah bidang kuasa mereka.
“Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat, kedudukan kami kekal neutral, kerana itu bukan dalam bidang kuasa kami untuk memberi ulasan.
“Sebagai pengurus Shila dan kenalan lamanya serta keluarga, saya berharap semua orang menghormati ruang peribadi mereka.
“Saya percaya sokongan yang paling membina perlu diberikan dengan memberi masa dan ruang untuk Shila sekeluarga mengharungi cabaran kehidupan.
“Kami di Greyscale Australia akan terus memberi sokongan terbaik kepadanya tanpa jemu selain mendoakan mereka terus kuat berdepan cabaran ini,” katanya menerusi kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Darren turut menyifatkan Shila seorang ibu yang berhati waja selain mengutamakan kesejahteraan anak tunggalnya, Seth Uwais.
“Shila adalah seorang ibu yang kuat dan mahu menjadi contoh terbaik kepada anak lelakinya, Seth serta memastikan keseimbangan dan kualiti kerja.
“Pihak kami akan sentiasa memberikan sokongan padu dan berharap masalah yang melanda Shila serta keluarganya dapat diselesaikan,” katanya lagi selain menambah Shila kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap konsert jelajah dunia yang sudah dirancang sepanjang tahun ini.
Terdahulu, ibu kepada Shila dipercayai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, penyanyi, Datuk ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan penyanyi itu sudah berkahwin dengan seorang wanita muda yang didakwa rakan sekolah Shila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Noraniza Idris, 57, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, selepas mendakwa perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000 akibat penganiayaan oleh sebuah akademi latihan keusahawanan.
Menurut Noraniza, dia menyedari ada yang tidak kena selepas akademi tersebut gagal membuat sebarang pembayaran walaupun telah mengambil kira-kira 20,000 pek produknya lebih sebulan lalu.
“Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama.
“Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar sekitar RM3,000 secara berperingkat.
“Sejak menyedari ditipu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerugian mencecah RM630,000.
“Kerugian itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan, logistik syarikat serta pembayaran gaji pekerja,” katanya.
Penyanyi lagu Ngajat Tampi itu berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, pagi tadi.
Turut hadir bersama Noraniza ialah anak keduanya, Fee Haiqal, 32.
Terpaksa Berhentikan Pekerja
Akibat hal yang berlaku, Noraniza juga terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu menampung kos operasi.
“Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun, selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang sahaja.
“Saya tidak boleh menutup perniagaan ini kerana ia adalah bisnes keluarga. Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian,” katanya.
Noraniza pada masa sama kesal kerana ia turut memberi kesan emosi kepada anak-anak dan keluarganya.
“Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan melihat anak-anak kerana mereka sanggup tidak tidur dan berjaga malam untuk memastikan kilang ini terus beroperasi.
“Saya nekad membuat laporan polis ini sekurang-kurangnya untuk mendapatkan kembali hak kami serta memberi peringatan kepada orang lain agar tidak mudah terpedaya dengan pihak seperti ini.
“Saya harap mereka yang terbabit membaca artikel ini dan tampil memberi penjelasan mengenai tindakan mereka, supaya syarikat lain juga lebih berhati-hati,” katanya lagi.
Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya seolah-olah dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000 pada awal tahun ini.
Difahamkan, akademi tersebut menawarkan peluang kepada usahawan untuk menjual produk makanan mereka, termasuk muruku yang diusahakan oleh Noraniza.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Risau kondisi wajah kusam dan tak bersih selepas seharian beraktiviti? Bila di pejabat pula, kulit sentiasa kering kerana terdedah dengan penghawa dingin dalam waktu yang agak lama.
Hal ini secara tidak langsung akan membuatkan kita stress lebih-lebih lagi untuk memilih produk penjagaan kulit wajah yang betul-betul berkesan dan terlalu banyak pilihan.
Jangan risau, Haneul tidak akan buat anda pening lagi.
Tingkatkan rutin penjagaan kulit dengan gabungan sempurna Haneul Brightening Cleanser dan Haneul Brightening Sunscreen yang sarat kandungan semula jadi seperti ekstrak white blossom dan niacinamide yang kaya antioksidan. Tekstur Haneul Brightening Cleanser yang berkrim dan tidak kering, sekaligus memberikan keselesaan kerana mengandungi bahan pelembab. Ia membersihkan kulit anda secara perlahan-lahan dan membantu mengatasi masalah kulit muka sensitif dengan bahan-bahan yang kasar.
Anda boleh sahaja terus menggunakan pencuci muka ini sebaik sahaja menanggalkan make-up.
Dalam pada itu, Haneul Brightening Sunscreen tidak hanya melindungi kulit wajah daripada sinaran UV dan bahan-bahan terlarang, tetapi juga diperkaya dengan Betaine untuk menjaga kelembapan kulit ketika berada di luar. SPF 50+++ untuk perlindungan terbaik!
Menariknya, kedua-dua produk ini mengandungi bahan rumusan sains semulajadi dan kimia terbaik seperti abstrak akar malberi, epal, cendawan, teh hijau dan banyak lagi.
Jadi, sebelum beralih ke langkah pejagaan kulit yang lebih optimal, kukuhkan dulu asasnya dengan Haneul Brightening Cleanser dan Haneul Brightening Sunscreen.
Alami keajaiban lembut namum berkesan yang membantu anda memperoleh kulit terbaik seperti yang anda idamkan.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan segera Haneul Brightening Cleanser dan Haneul Brightening Sunscreen di platform membeli belas atas talian, Shopee. Untuk maklumat lanjut, ikuti sahaja laman web dan akaun media sosial Haneul.my. Serta, Boleh dapatkan sekarang di Shopee Haneul Official Store ! Pada 9.9 kita mempunyai pelbagai diskaun dan RM9 OFF voucher.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.