Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali ada berkongsi paparan skrin mesej yang dikirimkan seorang pengguna Instagram kepada dirinya.
Sarat dengan pelbagai kata keji dan caci maki, teks yang diberikan itu antara lain mempersoalkan penglibatan Nabila dalam dunia lakonan meski tidak punya bakat selain didakwa ‘mencuri’ hak orang lain yang lebih berbakat.
“Kau hidup pun makan duit haram sebab tak ada bakat. Curi hak orang berbakat. Kenapalah kau ni tak mampos je!
“Bertudung pun tak ikhlas, pakai baju tudung singkat, baju ketat nak ngorat jantan… dasar pelacur!,” itu antara kata kurang menyenangkan dari akaun yang menggunakan foto binatang tersebut.
Bagaimanapun, Nabila menerusi ruangan kapsyen tidak melenting, sebaliknya rasa sedih seterusnya akui tidak pernah menafikan rezeki sesiapa.
“SubhanAllah… Sesungguhnya saya tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain. This is really sad…,” tulisnya pada entri yang disekat akses ruangan komen itu.
Foto: Instagram Nabila Razali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenazah Rohana Jalil Selamat Dikebumikan
Jenazah Allahyarham Rohana Jalil selamat dikebmumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Kuala Lumpur, kira-kira jam 12.00 tengahari.
Sebelum itu, jenazah telah selamat disembahyangkan di Masjid Al-Falah USJ9, Subang Jaya.
Kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Antara rakan selebriti hadir termasuk Jaafar Onn, Azizul Khamis, Noraniza Idris, Norshila Amin, Fasha Sandha, Ramlah Ram, Tya Ariffin, Izara Aishah, Azian Mazuan Sapuan dan ramai lagi.
Terdahulu, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.
Rohana Jalil, 68 telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.
Media-media juga melaporkan bahawa jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.
Untuk info, Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ditakdirkan Dia…,” – Foto Mesra, Ezzanie Jasny Perjelas Hubungan dengan Noki K-Clique
Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny menjelaskan hubungannya bersama penyanyi, Noki K-Clique hanyalah sekadar teman biasa.
Khabar angin mengenai hubungan dua selebriti ini mula diperkatakan ramai setelah Ezzanie berkongsi foto bersama Noki ketika berkunjung ke sebuah pusat membeli belah baru-baru ini.
Menurut Ezzanie, dia dan Noki masih lagi di dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
“Kami hanya berkawan. Tidak lebih daripada itu. Perkenalan ini pun masih baharu lagi. Kami pun tidak meletakkan sebarang label untuk perkenalan ini.
“Kami mula berkenalan ketika Noki datang ke set penggambaran saya sebelum ini. Ketika itu, saya sedang berlakon dengan MK.
“Kami hanya bertegur sapa kemudian, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Layang-Layang Perkahwinan yang berlangsung di Restoran Rebung pada Isnin.
Dalam pada itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sengaja menyembunyikan hubungan cinta mereka kepada umum.
“Kami hanya keluar berjalan untuk melihat pusat membeli belah yang baharu dibuka iaitu TRX Exchange. Tiada apa yang perlu disorokkan.
“Itu pendapat masing-masing. Biarlah apa yang mereka nak fikirkan. Walaupun ada pihak yang dikatakan patah hati, itu saya tak boleh nak kawal,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, pelakon telefilem Baby-Sita ini juga tidak menolak andai dia ditakdir untuk menjalinkan hubungan Noki pada masa akan datang.
“Kita tengoklah macam mana. Saya hanya ‘follow the flow’. Kalau ditakdirkan dia merupakan seorang yang baik untuk saya, saya pun okay. Kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ezzanie tidak kisah
dengan tanggapan segelintir pihak yang kurang senang melihat dia rapat dengan lelaki lain memandangkan statusnya sebagai pelakon baharu.
“Saya tak fikirkan pun tanggapan orang mengenai kehidupan peribadi saya. Asalkan mereka nampak hasil kerja dan tahu saya boleh berlakon, itu sudah mencukupi.
“Kalau ada rezeki untuk saya, maka adalah. Kalau disebabkan satu gambar saham saya menurun, saya tak kisah sangat,” akhirinya.
Terdahulu, drama Layang-Layang Perkahwinan kini sudah pun mula ditayangkan di slot, Megat Drama di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Selain Ezzanie, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukry Yahaya, Keith Foo, Alya Iman dan Arash Mohamad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Rasa Tergugat, Rezeki Masing-Masing,” – Khairulaming
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming akui teruja melihat industri ‘content creator’ yang kini makin berkembang di Malaysia.
Menurut Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, dia berharap agar Malaysia dapat melahirkan lebih ramai pembikin konten daripada pelbagai bidang dan tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja.
“Memang ramai yang datang berjumpa dan minta nasihat untuk menjadi pembikin konten. Saya sangat seronok sebenarnya kerana industri pembikinan konten di Malaysia semakin berkembang.
“Cuma diharapkan kita boleh menaikkan lagi pembikin-pembikin konten daripada industri lain. Pada saya, konten makanan dah ramai yang buat.
“Mungkin kita boleh naikkan lagi pembikin konten untuk bidang pendidikan dan teknikal. Sebagai contoh, mereka boleh ajar tentang baiki kereta atau basikal.
“Di luar sana, ramai orang yang ada ilmu tapi mereka malu dan segan untuk tampil ke hadapan. Semoga dengan adanya Tiktok Awards Malaysia ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk turut sama jadi pembikin konten,” katanya kepada MH.
Anak jati Kota Bahru, Kelantan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di The Godown Arts Center, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Khairul Aming mendedahkan dirinya tidak kisah apabila makin ramai pembikin konten yang membuat konten berkaitan masakan dan mempunyai konsep yang hampir sama dengannya.
“Saya okay sahaja. Masa saya mula-mula jadi pembikin konten, saya pun mencari inspirasi sebab kita tak pernah buat konten.
“Bila kita ambil inspirasi daripada orang, lama-kelamaan kita akan cipta indentiti kita sendiri. Jadi, bila ada content creator yang baru nak mula, janganlah kecam.
“Biarkan mereka biasakan diri buat video. InsyaAllah nanti akan keluar identitinya sendiri. Tak mengapalah kalau konsepnya sama. Saya lagi gembira.
“Saya langsung tak rasa tergugat kerana rezeki memang dah tertulis untuk masing-masing,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Khairul Aming yang memiliki jumlah pengikut seramai 3.7 juta di Instagram mendedahkan dirinya belum bersedia untuk menerima tawaran daripada program tv kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap pembikinan konten di media sosial
“Untuk terlibat dalam program televisyen, mungkin tidak bagi saya. Saya naik daripada bawah melalui platform konten secara online. Jadi, sebolehnya saya tidak mahu lari daripada dunia yang saya ceburi daripada awal.
“Team saya pun tak ramai lagi. Cuma empat orang dan saya nak kekal sebegitu. Tawaran program masakan di tv memang banyak tapi saya terpaksa tolak sebab memang tak cukup masa dan tenaga.
“Nak buat konten masak untuk platform sendiri pun dah jenuh. Ditambah pula nak jaga bisnes lagi. Buat masa sekarang, belum lagi,” akhirinya.
Terdahulu, Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori Tik Tok Creator Of The Year di Tik Tok Awards Malaysia 2023.
Khairul Aming bakal bersaing hebat bersama pembikin-pembikin konten lain seperti Boss James, Auntie Purple, Ceddy dan Sallywho.
Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Anugerah yang diadakan buat julung kalinya ini akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 bermula jam 9 malam.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI