Drama bersiri Kau Cipta Kasih yang dibintangi Nazim Othman dan Uyaina Arshad sebagai pelakon utama kini sudah melabuhkan tirai, pada Selasa.
Lalu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menitipkan ucapan terima kasih kepada semua penonton setia drama berkenaan.
Di samping itu, aktor berusia 37 tahun ini berharap semua para penonton akan mendapat mesej pengajaran yang telah disampaikan dalam drama rantaian ini
Pada masa sama, Nazim memberitahu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk menjiwai watak secara baik dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada penonton.
“Semoga kita semua dapat belajar daripada pengajaran yang disampaikan melalui naskhah ini.
“Kami berlakon pun dengan harapan dapat berkongsi rasa melalui cerita, bukan untuk keluar tv secara suka-suka.
Ads
“Cuba share sikit apa yang awak dapat lepas menonton drama #KauCiptaKasih ? Nak tau jugak.
“Terima kasih atas sokongan kalian. Afiq and Dija signing off..~Take care,” tulisnya.
Sekadar informasi, Nazim telah memegang watak seorang jejaka bernama Afiq yang juga merupakan seorang anak tunggal dan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga serba kemewahan.
Ads
Selepas hubungan percintaan Afiq bersama bekas kekasihnya Nelly berakhir, Afiq secara tidak sengaja telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah lakonan Uyaina Arshad.
Selain Nazim dan Uyaina, drama ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Norlia Ghani, Sherie Merlis, Fify Azmi, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Ads
Kau Cipta Kasih arahan oleh Nazir Jamaluddin ini telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di slot Samarinda, TV3 bermula 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Naib juara program Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim,25, hari ini dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah pasangan itu dilangsungkan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang yang telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Haji Harun Idris danberwalikan bapa pengantin perempuan, Md Hashim Nordin.
Dalam majlis pernikahan ini menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.
Mas mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan.
Usop Dan Nur Fatihah atau Teha mengikat tali pertunangan pada 4hb Nov 2021.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam inidan majlis resepsibagi pihak lelaki akan diadakan pada 13hb Feb 2022 di Kulim, Kedah.
Berkongsi mengenai perjalanan kisah cinta mereka, perkenalan Usop dan Teha sejak 2 tahun lalu dan diteruskan kepada ikatan pertunangan sebelum bergelar pasangan suami isteri.
Teha berkhidmat sebagai kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang selain membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Menurut Usop, dia memohon doa yang baik-baik daripada semua dan agar mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlisini.
“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.
Menyentuh mengenai cahaya mata, penyanyi lagu Sejarah Cintaku ini percaya kepada rezeki.
“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
“Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: @kakiklikphotography
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, Fizi Ali ada memberi kata nasihat kepada orang ramai yang sedang menghadapi pelbagai masalah supaya untuk tidak membazir masa untuk perkara yang menyakitkan.
Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin memberitahu setiap masalah yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.
“relax laaa..setiap masalah ada jalan keluar kan…kalau rasa tak boleh ikut jalan tu cuba jalan lain..kalau jalan lain xboleh jugak boleh cuba cara lain..macam2 cara ada..
“kita hidup tak lama..sehari kita ada 24jam je..jangan la bazirkan untuk benda2 yang menyakitkan..baik cari kebahagiaan..,” tulisnya.
Sebut sahaja Dewi Remaja pasti kita akan teringat kepada alumni-alumni pertandingan ini yang berjaya menempa nama cemerlang dalam industri seni hiburan tanah air. Personaliti popular seperti Scha Alyahya, Neelofa, Annahita Bakavoli, Raysha Rizrose, Aleeza Kassim dan Juliana Banos memulakan langkah mereka apabila masing-masing bergelar juara Dewi Remaja.
Namun bukan hanya juara sahaja yang berjaya menempatkan diri mereka dalam dunia seni dan hebat dalam apa yang mereka lakukan. Nama seperti Izara Aishah, Anzalna Nasir, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Anna Jobling, Ramona Zam Zam, Rita Rudaini, Azah Aziz, Fify Azmi, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi antara bukan juara yang berjaya mencipta dan berada dalam kelas tersendiri.
Juara bagi edisi paling baharu iaitu Dewi Remaja 2019, Shaza Bae kini semakin mencipta nama. Bergelar hos, pelakon dan model, dia kini rancak menerajui beberapa siri drama sebagai pelakon utama lantas melonjak namanya lebih tinggi.
Setelah tiga tahun berlalu, pertandingan Dewi Remaja kembali lagi untuk edisi ke-12 untuk tahun 2022. Jom kita intai 10 trivia menarik mengenai pertandingan ini.
Tahun ini menyaksikan sudah 37 tahun pertandingan ini diadakan. Edisi pertama yang bermula pada tahun 1985 menyaksikan Tengku Anis Tengku Ismail berjaya menyandang gelaran juara. Ketika itu dia memenangi sebuah kereta Proton Saga dan juga tiket penerbangan ke London sebagai sebahagian pakej hadiahnya.
Untuk pengetahuan anda, juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya merupakan anak saudara kepada penyanyi, Sheril Aida yang merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja edisi pertama. Selain mereka, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, Tunku Affie Rania merupakan anak kepada model popular, Toh Puan Mimi Wahedah yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 1987/1988.
Dewi Remaja bukanlah khas untuk gadis Melayu sahaja, sebaliknya ia dibuka untuk semua kaum di Malaysia. Jasmin Kaur Dhillon, pemenang Dewi Remaja edisi ketiga merupakan wanita keturunan Punjabi. Selain Jasmin, antara finalis bukan Melayu lain yang popular ialah Irene Santiago, Pushpa Narayan dan Looi Mei Lin.
Beberapa personaliti popular tanah air pernah tersenarai sebagai finalis namun mereka menarik diri atas sebab peribadi dan tidak muncul di pentas finale untuk merebut gelaran juara. Antaranya seperti Puan Sri Tiara Jaquelina, Rozita Che Wan dan Intan Ladyana.
Juara Dewi Remaja 1998/1999, Juliana Banos bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon bahkan dia juga popular sebagai penyanyi. Lagu-lagunya seperti Mana Satu, Cinta Gila dan Sehidup Semati masih lagi segar untuk didengar sehingga kini. Personaliti ini walau bagaimanapun sudah tidak aktif dalam dunia seni dan menumpukan perhatiannya kepada keluarga.
Finalis Dewi Remaja iaitu Kuza, Zarina Jamalullail dan Tunku Affie Rania memiliki pertalian dengan keluarga Diraja Malaysia. Kuza atau nama sebenarnya YM Tengku Sariza binti Tengku Muzani merupakan finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91 memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Kelantan.
Finalis Dewi Remaja 2009/2010, Zarina Jamalullail atau nama sebenarnya YM Sharifah Zarinatasha binti Dato’ Sri Syed Azni Jamalullail merupakan kerabat Diraja Perlis sebelah bapanya. Akhir sekali, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2018, YM Tunku Affie Rania binti Tunku Fauzi pula memiliki darah Diraja di sebelah bapanya yang berasal dari Kedah Darul Aman.
Dewi Remaja Edisi 2015 merupakan edisi pertama gadis berhijab menjadi sebahagian daripada finalis. Bermula dari edisi ini, gadis-gadis berhijab dialu-alukan untuk bersaing bersama gadis lain yang tidak berhijab. Finalis berhijab pertama yang berjaya tembus sebagai Top 5 sekaligus beraksi di pentas finale ialah Syamira Nazir. Dia yang berjaya memenangi tempat keempat bagi edisi Dewi Remaja 2019 kini bergelar pengacara di saluran televisyen ntv7.
Edisi Dewi Remaja 2018 menjadi salah satu edisi yang penuh kontroversi apabila mahkota yang menjadi milik Haneesya Hanee ditarik balik lantaran video viral di sebuah kelab malam yang tersebar di media sosial sejurus kemenangannya. Dia kini tetap aktif dalam dunia seni dan peragaan, bahkan pernah memenangi anugerah artis baharu wanita popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32.
Gelaran Dewi Inspirasi mula diberikan pada edisi Dewi Remaja 2018 menyaksikan Aween Ismail menggondol gelaran ini. Kemudiannya bagi edisi Dewi Remaja 2019, Nina Amin berjaya memenangi anugerah ini. Untuk pengetahuan anda mereka bukanlah finalis top 5 namun pemilihan mereka sebagai pemegang gelaran ini diberikan atas nilai positif yang diserlahkan ketika menjalani pertandingan.
Kini Aween mula begiat dalam dunia lakonan. Membintangi filem Mael Totey the Movie, dia memegang watak utama sebagai Yaya. Nina pula aktif sebagai peragawati di bawah agensi ternama TheModelsLab KL dan kerap membintangi kempen fesyen jenama-jenama terkenal tanah air.
Kini Dewi Remaja kembali untuk edisi ke-12 bagi mencari personaliti seterusnya yang akan memegang gelaran Dewi Remaja 2022. Untuk pertandingan kali ini, pihak penganjur, Team Remaja dan Astro akan bersama menuju ke empat lokasi di seluruh bahagian tanah air bagi mencari calon paling layak mengisi barisan finalis. Empat lokasi roadtour uji bakat ini bertempat di Johor Bahru, Kota Kinabalu, George Town dan Shah Alam.