Menjadikan negara India sebagai satu destinasi yang mencipta banyak kenangan, pelakon Azhan Rani turut berkongsi sisi ‘hitam’ di sebalik negara itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, pelakon drama bersiri Nur itu mengakui bahawa salah satu bandar di negara itu iaitu Kathmandu, Nepal dilihat agak serabut apabila terdapat beberapa gelung wayar kabel elektrik yang berbelit.

Sekali gus, ia menyebabkan bekalan arus elektrik mudah putus.

“Kau rasa ko layak nak cakap pasal serabut?
“Kau belum tahu apa tu maksud serabut melainkan ko apply kerja tnb kat #kathmandu ni..

IKLAN

“Masa di bandar #kathmandu ko jangan seronok sangat bila dok dalam bilik hotel dengan aircond dan electricity.. kejap2 blackout.. dan blackout dia bukan kejap2.

“Ada time dari petang ni sampai tengahari esok.. bila ko jalan2 kat bandar ni ko akan tengok gigih orang tnb dia pakai baju orang awam biasa je tengah repair kabel2 tu..

“Sebenarnya repair tu tak lama. yang lama dia bergaduh sesama sendiri nak teka kabel yang mana problem.. try ini tak kena. try yang tu pun bukan.. begitulah seterusnya sampai abang jamil mampos,” tulisnya sambil disertakan beberapa keping gambar di sekitar kota di India.

IKLAN

“Kau Belum Tahu Makna Serabut,”- Panas & Blackout, Azhan Rani Kongsi Foto Sekitar Kathmandu. Wayar Kabel Berbelit Hingga…

IKLAN

Posted by Azhan Rani on Monday, 30 September 2019

Menerusi ruangan komen, rata-rata telah meninggalkan pendapat yang pelbagai terhadap perkongsian tersebut.

Terdahulu, Azhan dan beberapa rakan-rakan lain berjaya sampai ke puncak Gunung Kala Patthar setinggi 5,550m dari aras laut.

Foto : Facebook Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI