Bintang pop yang terkenal dengan lagu Born Appetit, Katy Perry mencipta sejarah apabila dia diumumkan menjadi pengguna Twitter pertama yang memiliki 100 juta pengikut.

Perkara itu diumumkan platform media sosial itu sendiri dengan menggunakan hashtag WITNESS yang juga merujuk kepada album terbaru Katy.

“Hari ini kita saksikan sesuatu yang bersejarah telah tercipta.

“Tahniah Katy Perry kerana menjadi orang yang pertama mencapai 100 juta pengikut!” tulis Twitter dalam satu kenyataan media.

Menerusi platform media sosial tersebut, penyanyi berusia 32 tahun itu telah menyiarkan kehidupannya secara langsung selama 96 jam.

Ads

Segala aktiviti hariannya termasuk tidur, memasak, melakukan yoga, bermain dengan haiwan peliharannya telah dikongsi bersama pengikutnya termasuk perbualan Katy bersama beberapa selebriti lain yang mengunjungi rumahnya.

Menurut, Katy, walaupun kehidupannya disiarkan kepada umum menerusi 41 kamera, dia mengakui bahawa perhatian yang diberikan kepadanya adalah suatu yang agak sukar untuk diterima.

“Saya memang memiliki watak ’Katy Perry’ yang dikenali semua orang tetapi sebenarnya ia sekadar topeng.

Ads

“Saya cuma manusia biasa yang hidupnya diperhatikan,” katanya lagi kepada pihak media.

Selain itu, Twitter turut mengumumkan penyanyi Justin Bieber kini berada di tempat kedua dengan hampir 97 juta pengikut, manakala Taylor Swift memiliki 85 juta pengikut.

Berikut merupakan lima akaun Twitter dengan pengikut paling ramai:

Ads

@katyperry 100 juta pengikut
@justinbieber 96.8 juta pengikut
@BarackObama 90.9 juta pengikut
@taylorswift 85.1 juta pengikut
@rihanna 74.1juta pengikut

Katy Perry pernah berkahwin dengan seorang pelakon, Russel Brand.Namun, Katy Perry telah bercerai dengan Russel Brand setelah menharungi bahtera rumah tangga selama 14 bulan.

 

Sumber : Twitter Katy Perry

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI