“Kata Saya Dengki Busuk Hati Dengan Ustaz Dan Orang Yang Buat Kebaikan Di Media Sosial,” – Syamsul Yusof Perjelas Salah Faham, Tidak Mahu Berbalah

Share

Tidak mahu kenyataannya menerusi laman Instagram disalah erti, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegaskan luahannya tiada kena mengena dengan mana-mana individu.

Ini kerana, ada yang mendakwa ia dibuat kerana cemburu, busuk hati dengan ustaz atau mereka yang buat kebaikan di media sosial.

“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Pulak dah..apehal kesitu juah pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan.

“Takpelah, sabar jela. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama.

“Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda “mereka,” luahnya lagi menerusi Instagram.

Malah, bintang Munafik ini turut menambahbaik posting terdahulu agar netizen tidak melencong jauh dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.

Jelasnya netizen kerap kali mempersoalkan andai soal sedekah, amalan membaca Al-Quran atau perihal agama semata-mata ia tidak dipertontonkan di laman sosial.

“Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?

“Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya?

“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.

“Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya.

“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” kongsinya lagi.

Foto : Instagram Syamsul Yusof

IKLAN