Pelakon dan model, Meerqeen mengakui dia kini memilih untuk lebih selektif menerusi mana-mana naskhah yang bakal dijayakan bagi memastikan prestasinya dalam lakonan berada pada tahap yang baik.

Meerqeen, atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menambah, dia juga mahu cabar diri dengan membawa watak seorang psiko.

Kata Meerqeen, Tak Boleh Main ‘Kaut’ Saja!

“Untuk mengekalkan nama dalam industri, saya akui perlu lebih menjadi lebih selektif dan ‘a bit choosy’ dalam memilih projek lakonan selepas ini.

“Kalau saya main ‘kaut’ sahaja, risau nanti peminat akan cepat bosan dengan peranan yang dibawa susulan watak yang mungkin lebih kurang sama dengan projek terdahulu.

IKLAN

“Pada masa sama, saya sudah pun menetapkan haluan karier sendiri dari awal dan tahu apa yang saya perlu buat untuk fasa seterusnya.

“Banyak sahaja watak yang ditawarkan namun di antaranya yang paling saya idamkan adalah karektor psikopat. Lagi ‘gila’ watak psikopat itu, lagi saya mahukannya,” katanya kepada MH.

Kata Meerqeen, Tak Boleh Main ‘Kaut’ Saja!

IKLAN

Bintang drama Melur Untuk Firdaus ini berkata demikian ketika ditemui di Sesi Uji Bakat HeroDewi Remaja 2023 di Hotel Eastin, Petaling Jaya, pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Meerqeen kini sibuk menyelesaikan baki penggambaran beberapa buah projek lakonan dan komersial.

“Saya kini ada komitmen penggambaran drama bersiri untuk siaran Astro bersama beberapa nama besar yang lain.

IKLAN

“Apa yang boleh saya kongsikan, drama ini mampu memberi nafas baharu kepada karier saya kerana perlu melibatkan diri dalam adegan aksi.

“Kiranya ia sangat berbeza dengan apa yang saya pernah lalui sebelum ini,” katanya lagi.

Imbas kembali, Meerqeen merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan Aniq Suhair.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI