Agak lantang dalam menyuarakan pendapat mengenai sesuatu isu, pelakon dan ushawan, Rozita Che Wan mengakui apa yang disuarakan menerusi media sosial  miliknya tidak lebih daripada sekadar pandangan peribadi.

“Saya hanya perli manja-manja je. Tak adalah mengata sakan. Itu hanya pendirian secara peribadi semata,” katanya kepada MH selepas ditemui dimajlis memperkenalkan pelakon Kiah Pekasam ini sebagai duta Tunas Homes dan Tunas Boulevard di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta turut menambah, dia memang tidak berapa berkenan dengan sikap segelintir perempuan yang suka merampas kebahagiaan orang lain, termasuklah lelaki mata keranjang.

Kata Che Ta, Lelaki Bila Dapat Bidadari Pun Kalau Jenis Cari Perempuan Lain, Dia Tetap Akan Cari!

IKLAN

“Dia macam ni, kalau lelaki tu dapat bidadari pun, kalau jenis cari perempuan lain dia tetap akan cari. Bukan sebab dia cari perempuan lain sebab kekurangan isteri pertama. Tetapi dia memang jenis macam tu. Lumrah lelaki. Nasib-nasiblah kalau kita dapat lelaki yang tak cari perempuan lain,” terang Che Ta jujur.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku di dalam institusi rumah tangga adalah sesuatu yang bersifat peribadi, Che Ta bagaimanapun tidak menolak poligami secara seratus peratus dan berharap wanita yang berhadapan dengan situasi tersebut supaya move on dan usah kenang peristiwa lalu.

IKLAN

Kata Che Ta, Lelaki Bila Dapat Bidadari Pun Kalau Jenis Cari Perempuan Lain, Dia Tetap Akan Cari!

IKLAN

“Yang dimadukan, kenalah move on. Past is past. Yang tidak lagi bersama, mungkin jodoh hanya setakat itu. Cuma kena ingat, setiap sestuatu kejadian yang menimpa kita tu, Tuhan nak bagi sesuatu yang lebih baik untuk kita.

 

“Dulu bila saya berpisah, saya tak ada kerja. Sepuluh tahun hidup dekat rumah, tapi saya ada anak kiri kanan. Saya kata pada diri, tidak mengapa mungkin dia bukan yang terbaik.

 

“Tuhan nak duga dan berikan yang lebih baik selepas ini. Move on, no turning back. Kenapa kita nak sedih kalau kita reda dengan dugaan yang Dia bagi,” katanya.

Instagram: Rozita Che Wan

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155489822298435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI