“Kasih-Sayang Seorang Papa,” – Biar Sibuk Kerja, Fizz Fairuz Tetap Ada Masa Buat Anak, Almy Nadia Senang Hati

Share

Meski punya komitmen dengan kerja di luar kawasan, pelakon Datuk Fizz Fairuz masih sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan membancuh susu botol buat mereka. 

Sekali gus, ia menjadikan isterinya, Datin Almy Nadia berasa senang hati apabila si bapa tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.

“Kasih sayang seorang papa .. wlpn nak g work,hangkut semua ikut harini sbbnya dah berapa hari tak jumpa anak2 bini,mana taknya,papa keluar pagi g keja anak2 tak bgn tdoq lagi,balik anak2 dah lena.

“Jdi harini ada kesempatan wlpn sekejap hangkut semua.. wlpn mama tgh pening2 lalat.. layankan la anak beranak ni,” tulis Almy.

Menerusi ruangan komen,rata-rata memuji sikap prihatin Pelakon Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2019 (ASK2019) awal November lalu.

Dalam perkembangan lain,Fizz kini sibuk menjelajah ke Johor Bahru bagi sebuah festival raya 2020.

Terdahulu, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, Nur Afrina Ayra,1, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.

Foto : Instagram Almy Nadia

IKLAN