Grup Kpop popular, Kard terharu apabila menerima sambutan luar biasa di Malaysia.
Kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli iaitu J.Seph,B.M, Somin dan Jiwoo hadir ke Malaysia sebagai kemunculan istimewa di Lazada 11.11 di Axiata Arena pada Sabtu.
“Saya sangat bersyukur dan menerima segala kasih-sayang dan sokongan daripada para peminat.
“Kami sangat tak sabar nak jumpa peminat di Malaysia,” kata B.M
Ads
Dalam pada itu, Kard merupakan grup kedua paling banyak mendapat permintaan untuk melakukan konsert di Malaysia di bawah BTS.
Ads
“Saya tak tahu perkara ini, tapi rasa sangat bersyukur. Terima kasih kepada fans semua.
Ads
“Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa akan datang,”kata J.seph pula.
Pelakon dan penerbit, Datuk Rafiena Ezanee Ramli akhirnya gembira apabila drama terbitan terbitan syarikat produknya, Darkwave Pictures berjudul Janin bakal ditayangkan kepada penonton menerusi saluran Astro Citra pada 22 Disember depan.
Meski drama tersebut sepatutnya ditayangkan beberapa tahun lalu, bagaimanapun ia terpaksa ditanggungkan atas beberapa faktor.
Katanya kepada MH, kekangan paling besar yang dialami adalah proses suntingan kerana melibatkan kesan khas CGI, selain penangguhan beberapa babak.
“Alhamdulillah selain kami sibuk dengan penggambaran drama rantaian Syurgaku Tak Sempurna 2, saya gembira kerana drama lama terbitan kami, Janin akhirnya akan menemui penonton menerusi Astro Citra 22 Disember depan.
“Selepas enam tahun akhirnya ia baru boleh ditayangkan sebab kami ambil masa untuk edit kerana ada beberapa babak melibatkan suntingan CGI. Pada masa sama, kami juga terpaksa tangguh jadual penggambaran yang seterusnya memberi efek kepada pelakon terlibat,” kata Rafiena.
Kongsinya, penangguhan tersebut tidak dapat dielakkan.
“Pada masa sama, saya nak juga babak di lubang penapisan najis bagi melengkap dan mencantikkan jalan cerita. Saya mahu intro dan pengakhiran cerita berlaku di lokasi tersebut kerana akan ada babak mayat dan janin dicampakkan ke dalam logi najis.
“Cuma ketika kami mahu lakukan penggambaran, ada sebuah kereta yang menghalang laluan ke pintu masuk logi. Jadi mahu tidak mahu kami terpaksa tunggu pemilik kenderaan yang parkir kereta di kawasan berkenaan yang ketika itu berada di luar kawasan.
“Secara tidak langsung, ia terpaksa ditangguh lalu turut menyumbang kepada percanggahan jadual para pelakon apabila lokasi tersebut sudah boleh menjalani penggambaran. Itu yang menyebabkan jadual penggambaran tersasar sedikit,” terang Rafiena yang akui hampir putus asa demi merakamkan babak berkenaan.
Janin, lakonan mantap Erina Malik, Jasmin Hamid dan Redza Rosli itu mengisahkan mengenai pasangan suami isteri yang terlibat di dalam aktiviti mengambil janin demi tujuan kecantikan buat para pelanggan.
“Mereka buka klinik secara haram dengan mengambil janin. Seperti yang kita tahu, janin turut sinonim dengan kecantikan, seperti placenta juga. Jadi daripada situlah berlakunya konflik sebab turut melibatkan elemen mistik,” akhirinya.
Terdahulu, produksi tersebut juga baru sahaja selesai menjalankan sesi uji bakat untuk mencari para pelakon baru demi mengisi beberapa watak untuk beberapa buah drama dan filem yang bakal diterbitkan.
Malah, individu terpilih juga bakal diserapkan dalam agensi bakat syarikat berkenaan. Sesi Uji bakat telah dilakukan selama dua hari, bermula Sabtu minggu lalu.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh, Cik B akui tidak menyangka persembahannya pada minggu separuh akhir Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2) Ahad lalu berjaya meraih empat standing ovation daripada barisan juri tetap dan jemputan.