Semalam, berlangsungnya fenomena festival beli-belah atas talian terbesar 2018 iaitu Lazada 11.11 Super Show.
Bertempat di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada jam 10 malam, suasana berlangsung dengan meriah sekali.
Bukan itu sahaja, peminat juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada artis-artis popular tanah air terdiri daripada ‘legend’ iaitu Ziana Zain dan juga Ella serta BBNU seperti Haqiem Rusli, Aiman Tino, Wany Hasrita dan Sarah Suhairi.
Kehadiran grup Kpop popular, Kard merupakan ‘highlight’ utama majlis pada malam itu.
Dalam pada iti, MH juga ingin berkongsi momen-momen menarik sepanjang majlis tersebut berlangsung.
1. Sebelum majlis bermula, peminat yang masuk awal sempat disajikan dengan sedikit nyanyian ‘soundcheck’ oleh Ratu Rock Negara, Ella. Memang meremang dibuatkan.
Ads
2. Persembahan pembukaan tarian Flow Fever diikuti dengan Aman Ra, Sonaone dan Altimet. Kehadiran Altimet yang memulakan persembahan dari bawah pentas memang meletop habis!
3. Sarah Suhairi terus membuatkan penonton bersorak hebat apabila tampil menyanyikan lagu Ddu Ddu Ddu Ddu oleh Blackpink.
4. Persembahan sketsa oleh Bocey dan Wany Hasrita membuatkan penonton sakan ketawa terutama ketika Achey menari tarian ‘kudanya’ serta menyanyi lagu ‘cover’ Ddu Ddu Ddu Ddu.
Ads
5. Persembahan penuh bertenaga daripada grup Defam, menyanyikan lagu Supergirl membuatkan ramai yang turut sama menari. Serius rancak!
6.Permainan berbalas pantun sangat menghiburkan menyaksikan Ain Edruce, Syifa Melvin, Maya Karin dan Mark Adam diletupkan belon di atas kepala.
7. Kemunculan Cakra Khan membuatkan mata pengacara Sherry Al-Hadad tak lepas memandangnya sehingga ditegur rakan hos, Haziq HotFM.
Ads
8. “Ayda, tak payah lah kahwin dengan Redza, dia tak reti pakaikan lampin,” komen Sherry bila pasangan Redza Rosli dan Ayda Jebat kalah dalam permainan pakaikan lampin pada belon kepada pasangan Khai Bahar dan Puteri Sarah.
9. Buat pertama kalinya lagu Shiver nyanyian Bunckface dinyanyikan secara live, Sam siap lompat pentas lagi untuk menyanyi dengan fans.
10. Sejurus tamat persembahan grup kpop, Kard, kelihatan peminat menyerbu pentas untuk bergambar dengan idol kesayangan mereka hingga terpaksa memanggil sekuriti untuk mengawal keadaan.
Foto:TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi mereka yang tidak pernah terlepas menonton program realiti Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018) musim terbaru, pastinya ada yang perasaan ada ‘sesuatu’ istimewa yang terdapat di atas meja para juri.
Mana tidaknya, terdapat dua bakul ayam KFC yang membuatkan penonton terliur melihatnya.
Tambahan pula, juri tetap program tersebut, Scha Al-Yahya telah memuat naik beberapa keping foto di Instagrammya.
Gambar tersebut melihatkan Jihan menyertai sebuah kumpulan tarian ketika di alam persekolahan.
“Pesta Senirama Negeri Selangor 1995-Itsy Bitsy. Ye memang dr kecil lagi gila pentas. Segala persembahan pertandingan semua nak masuk nak perform,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, netizen telah memberi komen yang pelbagai mengenai arus perubahan hidup Jihan sebelum dan selepas bergelar artis.
Foto : Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tomok berkongsi satu ‘screenshot’ di laman Instagramnya berkaitan dengan komen netizen mengenai ‘single’ terbaru, Bekas Kekasihnya.
Dalam foto tersebut, dikatakan seorang bekas pondan atau ‘maknyah’ yang sangat terkesan dengan lagu yang dibawa Tomok, membayangkan ia seakan sama dengan perjalanan hidupnya.
“Apa yang disampaikan oleh abang tomok betul2 buat sya terkesan…Sya jadi maknyah 3tahun yang lalu.
“Sya x tahu kenapa sya terlalu bodoh Untuk pilih jalan songsang tu… lagu ni hampir sma dengan kisah silam sya.
“Alhamdulillah sya dah tak buat benda terkutuk tu…pernah jugaklah dulu terfikir nak ubah jantina Nasib aku masih waras untuk tidak melakukan benda tu,” tulis individu tersebut.
Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan lagu tersebut malah ada yang sampai menitiskan air mata.
Wow! Hebat betul ya penangan lagu ini, mesej yang benar-benar jelas hinggakan sampai kepada mereka yang menontonnya. Apa-apapun, syabas kepada Tomok.
Sebelum ini, Tomok dikecam apabila memuat naik foto dia berpakaian seperti wanita.
Bagaimanapun ‘salah faham’ tersebut telah dijelaskan oleh penyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang itu.
Foto/Instagram: Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...