Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali ada menulis satu kapsyen ringkas di Instagram, sejurus berakhirnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam tadi.
Sambil menyatakan dia sudah cuba beri yang terbaik, bintang berusia 29 tahun ini turut menyatakan maaf buat komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini dan MFMF.
“I’ve tried my very best… I’m so sorry @haelhusaini @wearemfmf,” sambil disusuli dengan emoji kecewa.
Menerusi ribuan komen yang diterima pada hantaran Instagram tersebut, komposer lagu berkenaan dilihat ada meninggalkan respon masing-masing.
“Yes, u did! We’re with you all the way, Bella. You’ve improved tremendously and gave your sincerest performance ever. If ni one can see that, then they’re not worth it,” tulis MFMF.
Bagi Hael pula, Nabila merupakan antara inspirasinya, dalam sisi kesungguhan dan ketekunan.
“Awak adalah inspirasi pada saya. Hardwork and always do your best. Im so proud of you! Thank you for signing Peluang Kedua,” titip Hael.
Malah, rakan artis juga memberikan kata positif buatnya.
Ads
Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.
Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Sebelum ini, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika bersaing di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35, tahun lalu.
Ads
Bagaimanapun, Nabila kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.
Dia sebelum ini pernah memaklumkan penarikan diri daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat menyanyi buat sementara waktu.
Sementara itu, Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.
Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.
Ads
Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Semalam daripada Aina Abdul, ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi berkenaan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi kemenangan.
Menduduki tempat ketiga ialah lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Belenggu Rindu. Lagu tersebut disampaikan Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi bersama wang tunai RM20,000.
Vokal dan penghayatan memukau Ernie Zakri ketika mendendangkan lagu Gundah memberi tuah buatnya apabila diumumkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Sementara kategori persembahan terbaik hasil undian penonton yang menawarkan ganjaran trofi dan wang tunai RM10,000 beserta baucer setahun McDonald’s pula disandang Zizi Kirana menerusi lagu Eh.
AJL35 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dan menyaksikan Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan juga Haziq Husni sebagai pengacaranya.
Foto: Instagram Nabila Razali, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai tanda perhargaan kepada pembantu rumah, pelakon Datin Paduka Eina Azman telah meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang pembantu rumahnya.
Bukan itu sahaja, Eina dilihat turut menghadiahkan seutas rantai istimewa kepada pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Megawati itu.
“Happy Birthday to my orang kuat Megawati Terima kasih sebab banyak membantu meringan kan segala kerja2 saya di rumah.
“Saya hargai sangat kamu nak rantai baru kan ni saya hadiah kan untuk kamu buat kali kedua sbb yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus.
“Saya harap kamu happy untuk sambut birthday kamu yang terakhir bersama saya tahun ni kami semua sayang kamu mega,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Lantas, perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah mendapat perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap baik hati dan penyayang Eina bersama pembantu rumahnya.
Untuk rekod, Eina atau nama penuhnya Ainur Syakina Azman dilahirkan pada 13 Mac 1995 dan telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, bukan satu perkara yang mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan bergelar usahawan yang berjaya.
Penyanyi, Liza Hanim yang sudah menceburi dalam dunia perniagaan ada berkongsi cerita dan pengalaman yang dialaminya ketika menjalankan perniagaan hijab.
Kongsi penyanyi yang terkenal dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini pernah berasa kecewa apabila impian untuk memiliki koleksi hijab tidak berjaya.
Meski pernah gagal, penyanyi berusia 41 tahun menganggap perkara tersebut sebagai satu aturan hidup yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa.
“Impian tertangguh Ni post bersambung tau jadi keep reading swipe left k. Pada followers saya mesti ramai yang tahu dan perhaps tertanya jugak in Nov 2019 saya ada buat launch untuk collaboration dengan brand hijab untuk koleksi saya yang pertama,
“Dapat coverage baik jugak dari press tapi bukan rezeki saya collaboration itu terhenti di tengah jalan. Kecewa? Mustahil tidak. Namun I believe there is always a greater reason yang hanya Allah yang tahu,
Kini, Liza bakal melancarkan koleksi hijab yang pertama hasil kolaborasi bersama dengan pelukis tempatan yang dikenali sebagai Pip Of Art pada Sabtu hadapan.
“Fast forward June 2020 di Malaysia Hari Ini Allah temukan saya dengan Pip, a super talented artist. Baru first time jumpa ada rasa connection dan dia hadiahkan saya one of her artwork saya jatuh cinta,
“Dan selepas itu we kept in touch dan talked on Instagram message, she is an amazing amazing women dan sangat kuat. We had something in common, thought she is living it, but we connected because of it,
“I can’t tell you unless she says I can because her story so touching and inspiring itu another story lah. Tercetuslah idea untuk mengabadikan artwork nya dan share dengan semua orang. And I ask apa kata, your painting dijadikan my first hijab collection, she said YES!!!
“Alhamdulillah!!! Now on 13/3/2021 I will releasing my first hijab collection with Pip’s artwork. Perancangan Allah Maha Hebat, kekecewaan saya diganti dengan rezeki yang lebih bermakna dan impian tertangguh saya kini tercapai. May our friendship lasts for eternity and I pray for your wellbeing Pip. Thank you for making my dream came true,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.