Beberapa jam lalu, pelakon dan usahawan, Elfira Loy ada memuat naik kapsyen yang menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen. Meski tidak memberikan butiran lanjut mengenai status ditujukan terhadap mana-mana individu, namun netizen turut memberi kata-kata semangat buat Elfira.

“Kalau orang nak jatuhkan orang lain dia akan usaha pelbagai cara yang believeable untuk membuat orang percaya kepada fitnah. Begitu yakin membentangkan kesalahan & kesilapan yang mungkin betul & salah,” tulisnya.

Pada masa sama Elfira turut memberikan persoalan mengapa ada yang begitu murah hati dengan membuang perasaan baik hanya kerana dengki.

IKLAN

Kapsyen Elfira Loy di IG Cetus Tanda Tanya, Ada Hubung Kait Dengan Apa?

IKLAN

“Persoalannya , kenapa begitu murah hati membuang buang perasaan baik yang ada pada hati hanya kerana dengki? Bagaimana anda boleh begitu yakin yang dunia tidak akan berputar dan jatuh pada batang hidung sendiri,” kongsi Elfira.

Sementara itu, bintang ini juga turut mengakui hidup ini perlu sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat diduga.

IKLAN

“Hidup ni kena sentiasa berpada-pada kerana ujian tidak pernah hadir pada saat kita duga. Kadang ia hadir untuk mengajar kita kadang ia hadir untuk menaikkan darjat kita disisNya.

 

“Saya, macam biasa hanya mampu melihat dan tersenyum mendoakan yang terbaik. Kerana yang baik tidak datang pada lisan tapi pada perbuatan. Jadi lihat,” maklumnya.

Foto: Instagram Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI