Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan dia sendiri tidak tahu akan dipertemukan dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, di set penggambaran bagi sebuah projek filem, semalam.
Menurut Vida, meskipun pada awalnya dia agak terkejut, namun, dia tetap kekal tenang dan menyempurnakan tugasannya itu secara professional.
“Baru-baru ini saya ada menjalani penggambaran bagi sebuah projek filem. Saya sendiri tak tahu siapa barisan pelakon yang membintangi filem tersebut.
“Pengurus saya mengatakan saya mempunyai tiga babak didalam filem ini. Saya memainkan watak sebagai seorang guru besar. Sampai je dekat set, saya nampak ada Iqbal.
“Mula-mula saya pun macam ‘apa ni?’. Pihak produksi memang pandai nak mengaturkan kami. Namun, takkanlah saya nak bergaduh, bertekak atau nak balik.
“Saya tak nak menyusahkan orang. Jadi, saya hadap sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini berkata sedemikian pada sidang media pelancaran drama bersiri Demi di sebuah hotel di ibu kota hari ini.
Ads
Pengusaha kosmetik itu hadir sebagai memenuhi jemputan untuk memeriahkan majlis berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin, yang kemudian merasmikan majlis tersebut.
Bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman akui berdebar ketika dia dan Iqbal digandingkan di dalam salah satu babak filem tersebut.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut tertanya-tanya mengapa Iqbal masih lagi membujang sampai sekarang.
“Dia sekarang nampak dah matang sikit. Saya pun tidaklah sampai nak serang dia. Hati saya berdebar-debar bila nampak dia. Cuma saya tertanya-tanya kepada dia masih belum berkahwin. ‘Menunggu’ ke?
Ads
“Kami pun tak bercakap atau bertegur. Nak bermain mata pun tak sempat. Kami hanya berjumpa di hadapan kamera ketika digandingkan dalam satu babak. Lepas selesai, saya terus balik.
“Saya hanya ikut arahan pengarah. Lagipun, skrip saya spontan je. Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya nanti,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Iqbal ketika dihubungi memberitahu, sudah setahun dia dan Vida tidak berhubung ekoran isu yang timbul antara mereka sebelum ini.
Ditanya mengenai komen Vida, Iqbal, 27, berkata dia sudah melupakan kisah yang berlaku antara dia dan bekas majikannya itu.
Ads
“Kami tak berbual pun di set tu sebab bila dah mendalami watak, saya hanya fokus pada kerja.
“Cuma saya terfikir juga mengapa Vida tak tahu mengenai kehadiran saya sedangkan produknya dipromosi dalam filem berkenaan.
“Tapi jika ditanya soal perasaannya yang berdebar- debar, saya nak tahu apa punca dia jadi begitu apabila melihat saya?” katanya.
Mengulas mengenai jodoh, Iqbal berkata, dia tidak memikirkan soal pengganti buat masa ini malah tidak meletakkan sebarang kriteria tertentu buat wanita pilihannya.
Menurut Iqbal, dia cuma berharap bakal isterinya nanti bukan seorang yang ‘kuat drama’ selain penting untuk selalu mempermudahkan urusannya.
“Bukan tak ada yang cuba mendekati, cuma untuk memiliki hati saya bukan semudah itu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida & Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Seronok layan orang acah-acah bagus ni sebab saya sedar saya tak bagus dan bodoh,” tulisnya.
Kenyataan itu dikongsikan ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikemas kini.
“Jadi, bila saya layan orang yang acah-acah bagus ni, baru saya tahu yang ada lagi bodoh dari saya,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menasihati Rita supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif.
“Saya pun suka simpan sikit orang-orang macam ni dalam hidup saya. Seronok tengok orang-orang bodoh macam ni.
“Saya tetap minat awak. Orang yang bijak pandai. Jangan cakap awak bodoh. Tak sesuai dengan awak.
“Ramai yang acah-acah bagus tapi bodoh. Jadi, bila kita acah-acah bodoh, depa lagi bodoh rupanya.
“Memang akan ada orang macam ni. Sekali sekala melayan syok juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Bagaimanapun, sehingga kini, Rita tidak menjelaskan secara terperinci motif dia memuat naik hantaran sedemikian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali akui masih membiasakan diri dengan perubahan statusnya yang kini sudahpun bergelar isteri orang
Menurut Nabila, ada kalanya dia berasa janggal bila ada yang memanggilnya dengan gelaran puan.
“Baru-baru ini saya ada membuat persembahan di majlis konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM). Saya merupakan alumni di univesiti tersebut.
“Kemudian, ada yang menyapa saya dengan panggilan puan. Pada mulanya saya terkejut. Saya tanya kembali, kenapa panggil puan?
“Lalu orang tersebut memaklumkan yang saya telah berkahwin. Barulah saya sedar,” katanya sambil ketawa.
Nabila berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran koleksi tudung Nada x Nabila Razali yang berlangsung di Restoran EL & N London, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, penyanyi lagu Peluang Kedua ini turut memaklumkan dirinya juga boleh melihat perubahan kelakuan para peminat bila menegurkan selepas mendirikan rumah tangga.
“Dulu ramai lelaki akan menegur saya dengan simbul tangan ‘mini love’ dan memanggil saya dengan gelaran Nabila ‘cumi-cumi’.
“Tetapi bila saya sudah berkahwin, kebanyakkan mereka tidak lagi tegur seperti itu. Mereka sekarang pun berasa segan untuk tegur saya. Mereka hanya senyum dan melambai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Nabila memaklumkan sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk memasak buat suami memandangkan jadualnya yang padat.
Katanya lagi, dia ingin menghidangkan sambal jawa sebagai menu pertama buat suami kesayangan.
“Saya baru sahaja berpindah ke rumah suami dalam dua minggu. Saya masih lgi dalam proses memindahkan barang. Sekarang ini, kami banyak dating di luar lagi.
“Lagipun, kami juga belum berkenalan lama dan masih dalam fasa mengenali hati budi. Senang cerita, kami ini bercinta selepas menikah.
“Saya nak masakkan dia sambal jawa. Saya tahu masak menu tersebut tapi belum pernah buat untuk orang lain. Lain orang, lain tekaknya.
“Sambal jawa ni orang yang betul-betul mahir sahaja boleh buat. Ibu saya pandai buat masakan jawa. Jadi, saya risau juga tapi suami saya terbuka untuk mencuba apa sahaja yang saya masak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, dengan sekali lafaz pada tanggal 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Paling lama saya boleh tidur sekitar dua jam setengah.”
Demikian kata selebriti yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star Vendors, Ifa Raziah selepas ditanya mengenai rutin tidurnya sepanjang mengepalai acara karnival beli-belah terbesar itu menjelang Aidilfitri.
Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha berkata, keadaan tersebut adalah disebabkan oleh rasa kebimbangan demi memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.
“Bayangkan, kalau tidur sekalipun akan mimpi fasal kerja. Rasa risau… jadi lebih baik aku tak tidur langsung. Tak ada mimpi yang indah bila satu bulan sebelum dan selepas karnival.
“Betapa itu tahap kerisauan saya sebab mahu menjaga hati klien, para vendors, pengunjung, aspek keselamatan dan sebagainya. Kalau boleh, saya mahu pastikan semuanya berjalan sebagaimana yang dirancang.
“Bukan senang untuk kawal karnival yang sebesar ini dan saya merupakan anak Melayu pertama (perseorangan) yang jalankan acara di KL Convention Centre ini. Jadi sudah pasti saya mahukan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Ifa berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama acara StarVendors KLCC Mega Raya, pada Khamis.
Penyanyi lagu Gemercing Rindu itu bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas sambutan baik pengunjung pada hari pertama karnival tersebut begitu meriah.
“Alhamdulillah,saya lihat pengunjung yang datang tidak putus-putus sekali gus menyaksikan sambutan yang sangat positif. Walaupun pada mulanya ada kerisauan sedikit kerana awal malam hujan lebat, saya tetap berdoa pada Allah SWT agar segala urusan dipermudahkan.
“Secara tidak langsung juga ia menunjukkan bahawa strategi pemasaran pasukan Starvendors dan mesejnya sampai kepada semua lapisan masyarakat. Tak sia-sia berbelanja jutaan ringgit demi pecahkan rekod sedia ada,” katanya yang menempatkan 130 orang pengawal sepanjang 100 jam karnival berlangsung.
Dalam masa sama, jelas Ifa lagi, acara yang berlangsung selama lima hari itu bakal dihadiri dan dirasmikan Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
StarVendors KLCC Mega Raya membuka tirai acara bermula 13 April dan berlangsung sehingga 17 April ini. Acara tersebut bakal berlangsung selama 100 jam tanpa henti.
Kira kira lebih 100 kedai jualan yang dibuka bersama lebih 100 selebriti tanah air yang terlibat dan RM100,000.00 duit raya bakal diberikan kepada pengunjung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.