“Kan Dah Kantoi Lu Mat,” – Remix ‘Ke Sana Ke Sini’ Jadi Perhatian, Fizo Omar Kagum Sifat Kebapaan PM

Share

Satu frasa dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘Ke Sana Ke Sini’ yang diremixkan menjadi rap lagu dan tarian nampaknya turut diselitkan dalam teks ucapan khas sewaktu pembentangan Langkah Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Terhibur akan sikap ‘sporting’ PM menerima keletah rakyat Malaysia dengan hati terbuka dan tenang, jelas Fizo Omar, Muhyiddin bagaikan bapa yang cukup bersabar melayan anak-anaknya.

“Haaaa…kan dah kantoi lu mat!

“Hahahha.ape2 pun sempoi giler brader ni.aku xkenal dia, xtau ig dia nk tag, sape tahu tlng mention dia k.

“Sempoi kan PM kita, rasa mcm bapak2 yg sabo jer ngn mcm2 perangai anak2 dia kan?,” jelasnya di Instagram.

Netizen turut menitipkan rasa kasih kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan yang ditunjukkan.

Foto : Instagram Fizo Omar

IKLAN