Pelakon yang juga isteri kepada pengarah Azmi Hatta, Faye Kusairi beberapa jam lalu ada berkongsi mengenai perkembangan anak sulung mereka, Alif Azmi, tiga bulan. Tulisnya menerusi Instagram, usia anaknya itu baru sahaja mencecah tiga bulan.
Bagaimanapun, anak lelaki itu progres anaknya sungguh cepat dan sudah pandai bergurau.
“Dear Anak Mommy, you are only coming to 3 months but your leher dah tegak, dah pandai bergurau, sedang belajar his motor skills, pandai grip baju mommy dah, membebel, main air liur, reti nak react dengan orang dan pandai guling guling.
“Dah try try utk crawling dan cuba utk angkat badan. Slow down please… dont grow up too quickly. Mommy loves you!,” tulisnya dengan disusuli dengan tanda palang #AlifAzmi.
Rata-rata pengikutnya tumpang seronok dan gembira dengan perkhabaran berkenaan. Malah, tidak kurang yang turut berkongsi soal progres dan perkembangan anak masing-masing.
Terdahulu, Azmi dan Faye mendirikan rumah tangga pada 9 April tahun lalu. Azmi merupakan bekas suami kepada penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein.
Foto: Instagram Faye Kusairi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI