Semenjak debut pertama dua tahun lalu, sehinggalah dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, kumpulan pop, Dolla belum berkesempatan untuk membuat persembahan khas buat peminat.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa air mata empat orang anak gadis yang terdiri daripada Syasya, Sabronzo, Angel dan Tabby ini mengalir saat mendengar nama mereka dilaungkan di Konsert Mini Showcase Dolla yang berlangsung pada Sabtu.
Mempersembahkan empat buat lagu hit mereka termasuk satu lagu ‘dance cover’ sudah cukup menggamatkan suasana serta menghiburkan hampir 150 penonton yang hadir di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Center (PJPAC).
Adrenalin para penonton yang terdiri daripada kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka iDolla turut memuncak saat melihat persembahan bertenaga dan tarian mantap daripada empat ahli kumpulan berkenaan.
Menurut Syasya, kesemua mereka tidak dapat menahan sebak kerana ini merupakan perjumpaan pertama mereka bersama peminat secara empat mata selepas kerap kali tertangguh akibat pandemik Covid-19.
Ads
“Kami tidak dapat menahan sebak. Ini adalah momen-momen yang sangat kami nanti-nantikan semenjak Dolla mengeluarkan lagu yang pertama.
“Debut kami adalah ketika PKP. Sejak daripada itu kami tidak berkesempatan untuk membuat persembahan istimewa untuk peminat-peminat kami (iDolla).
“Tiada perkataan yang mampu gambarkan perasaan kami ketika membawakan lagu Berani tadi. Mereka adalah kunci kejayaan kami. Tanpa mereka tak mungkin Dolla sampai ke tahap ini. Kami sangat bersyukur,” katanya kepada MH selepas berakhirnya konsert.
Ads
Enggan menghampakan peminat, Sabronzo memaklumkan mereka juga telah membuat latihan secara intensif enam hingga lapan jam sehari.
“Sepanjang minggu ini kami giat berlatih. Dalam satu hari, kami berlatih enam hingga ke lapan jam termasuklah menyanyi dan menari.
“Sebenarnya runtin latihan kami ini memang berterusan. Kami mula serius sebelum cuti Tahun Baru Cina. Kemudian kami sambung semula.
Ads
“Melihat peminat gembira sudah cukup melegakan hati kami. Sebagai peminat mereka memberikan sepenuh sokongan dan rasa cinta kepada kami. Mereka beri kami energi untuk membuat persembahan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Dolla turut memanfaatkan peluang bertemu peminat selepas berkahirnya konsert tersebut.
Konsert ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan daripada penyanyi baharu, Juki dengan lagunya yang berjudul Pacu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wajah di sebalik topeng Pepatung di program hiburan realiti The Masked Singer musim kedua akhirnya terjawab apabila pelakon, Datin Seri Maria Farida diumum sebagai peserta tersingkir di saingan konsert minggu ketiga.
Sejurus identiti Pepatung dibongkarkan ketika sesi penyingkiran, rata-rata para juri tetap yang dibarisi oleh selebriti tanah air tidak menyangka pelakon berusia 52 tahun itu adalah figura di sebalik kostum tersebut.
Dalam pada itu, Maria turut berkesempatan untuk berkongsi perasaan dan pengalamannya sepanjang menyertai program hiburan realiti popular itu.
“Banyak keseronokan dan saya sangat-sangat seronok tapi itu lah saya tahu saya tak boleh menyanyi. Apa-apa pun, saya dah buat yang terbaik,” katanya.
The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Maria Farida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 18 tahun bergelar seeorang pengarah, Azman Haji Yahya atau le Jinggo tidak menafikan segelintir selebriti disanjung tinggi meski pernah terpalit dengan isu kontroversi.
Suami kepada pelakon dan pengacara, Sheila Rusly ini turut menambah ada yang di antara mereka ini sememangnya memiliki kebolehan untuk melakonkan setiap watak yang diberikan dengan baik
Tambahnya lagi, situasi tersebut bukan lagi satu isu yang baru malah sudah pun berlaku sejak di awal pembabitannya dalam industri dunia lakonan tanah air.
“Zaman Tok Sidang dedulo, ramei gak artis artis di angkat sebab selalu terlibat dengan controversi cuma kebanyakan deme ni memang boleh berlakon bila di bagi watak,” tulisnya.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri Cindai ini berpendapat sektor industri seni yang lain mungkin turut pernah mengalami situasi yang sama, sebelum ini.
“Ohgang Peghrok kate very talented le gitu… tapi tu industri Tok Sidang le, Industri lain tak tau le…tapi rase rase nye Industri ni pon tak lame ni, kena ranjo gak ni, Ajernye Bajang deme ni…,” tulisnya lagi menerusi satu entri terkini di akaun Instagram miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
nbsp;
Foto: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...