Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi yang baru sahaja melangsungkan pertunangan baru-baru ini, Tasha Manshahar merupakan seorang guru.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting Tasha di Instagram yang sangat mencuit hati. Pada posting tersebut dia berkongsi gambar sepucuk surat yang ditulis oleh anak muridnya buatnya.

Dalam isi surat tersebut, anak muridnya meminta agar guru kesayangannya ini tidak berpindah daripada sekolah tersebut.

‘Kami Sayang Teacher’ Tasha Mashahar Terima Surat Comel Dari Anak Murid

IKLAN

‘Kami Sayang Teacher’ Tasha Mashahar Terima Surat Comel Dari Anak Murid

“Baru first day sekolah ni, Iman. Kalau tiba-tiba teacher pindah, mau kena pelangkung dengan guru besau

 

“Jap, Iman, kita memang serupa ke….macam mana?

 

“P/s : hafiz dengan hazim tu dah kenapa tak sayang teacher? Takpe, ingat teacher heran ke? ? #sayangtidakbolehdipaksa #teacherdahmulakandrama episod 1,” tulis Tasha pada ruang kapsyen perkongsiannya.

Aduh sungguh tercuit hati MH selepas membaca surat dari anak murid Tasha ini malah bukan MH sahaja yang turut merasakan perkara yang sama namun peminat serta pengikut Tasha di Instagram juga turut terhibur.

farra_yanaa: Hahahahaha i ajar skola mnengah takde pon dpt surat2 cmni da. ?dlu skola rendah boleh penuh file dgn surat

IKLAN

nadiaruslee: hahaha ?? kids nowadays mmg suka bg love ltter

iamnurulnadzim: @tashamanshahar comel la student teacher. Bila la nk dpt surat dr student mcm ni…

IKLAN

azlanshahroslan: Gelagat Hari Pertama Persekolahan…Hehehe..lucu pun ye juga dengan gelagat anak2…@tashamanshahar

Semoga Tasha menjadi guru yang sentiasa disayangi oleh pelajarnya dan menjadi guru terbaik bagi mendidik anak-anak bangsa.

Sumber: Instagram Tasha Manshahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI