Pelakon dan vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie menegaskan beliau tidak mahu mengambil kisah tentang tanggapan segelintir pihak yang mempertikaikan terma ‘metal’ yang diguna pakai kumpulan tersebut daam Konsert Laksmana Metal Wings X Bunkface.

Katanya, metal ini adalah pecahan daripada muzik rock dan apabila zaman berubah bersama dengan struktur muzik, maka terjadilah genre metal ini.

“Ada netizen yang lebih pandai daripada kami, kami ni bodoh tak tahu pasal muzik. Kita tak tahu apa itu rock apa itu metal sebab mereka lebih tahu. Tidak mengapalah itu mereka punya pasal.

“Sebenarnya metal ini adalah pecahan daripada muzik rock. Muzik keras ini mereka ibaratkan seperti batu.

“Bila zaman berubah bersama dengan struktur muzik yang lebih padat, daripada batu tadi muncullah besi. Besi adalah metal,” jelasnya kepada MH.

IKLAN

Datuk Awie berkata demikian ketika ditemui di perjumpaan media Konsert Laksmana Metal Wings dan Bunkface di Bilik Melur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Pada sidang media tersebut, Datuk Awie turut membentangkan lakaran pentas yang akan digunakan semasa konsert itu berlansung nanti.

Menurut Datuk Awie, dia tidak mahu terlalu bergantung kepada faktor pentas yang hebat kerana baginya perkata tersebut hanya membantu untuk sesebuah konsert yang lemah.

IKLAN

“Kalau kita lihat rata-rata program tv, yang menguatkan stage itu adalah lighting, led dan sebagainya. Jadi di mana keyakinan performer itu?

“Jadi saya di sini membawa konsep yang nampak kuat dan perkara tersebut sudah cukup sebagai wow factor konsert kami.

IKLAN

“Kerja kami bukan mudah, kami mahu tonjolkan bakat dan kebolehan yang kami ada,” katanya lagi.

Konsert Laksmana Metal Wings X Bunkface akan berlansung pada 4 Mei 2019 depan di Dewan Merdeka, PWTC.

https://www.instagram.com/p/BwY8ce5jAD5/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI