Semalam, pelakon Mawar Rashid telah memaklumkan kepada peminatnya bahawa dia telah selamat melahirkan putera sulungnya, dua hari lepas jam 11.33 malam. 

Menurut suaminya, Raf Yaakob atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob telah memberitahu bahawa Mawar telah melahirkan putera sulungnya secara normal. 

“Syukur Alhamdulillah. Mawar dah selamat bersalin malam semalam. Terima kasih yang kepada semua yang banyak mendoakan” tulisnya. 

IKLAN

Kini, pelakon yang berusia 23 tahun itu telah berkongsi gambar bayi dan nama putera sulungnya itu kepada peminat. 

“Assalamualaikum dan Salam Jumaat. MawaRaf nak kenalkan baby kami kepada semua. It’s a healthy 3.4kg baby boy. We named him RADEN MUHAMMAD RAFAEL” tulisnya. 

IKLAN

Lantas, perkongsian berita gembira ini telah menjadi perhatian peminat Mawar. Rata-rata peminat teruja dengan kelahiran putera sulung itu.

Disamping itu, peminat turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Mawar dan suami.

IKLAN

“Kami Namakannya Raden Muhammad Rafael,”- Mawar Rashid Selamat Bersalin, Kongsi Nama Anak “Kami Namakannya Raden Muhammad Rafael,”- Mawar Rashid Selamat Bersalin, Kongsi Nama Anak

MH mengucapkan tahniah kerana telah bergelar seorang ibu. Selamat berpantang Mawar!

Foto : Instagram Mawar Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI