
Pelakon dan usahawan, Ben Ali menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa rumah tangganya dengan isteri yang juga pelakon asal Singapura, Nadiyah Shahab, sedang berdepan ujian.
Ben Ali, atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 32, berkata, hubungan mereka baik-baik saja dan sibuk membuat persiapan untuk projek istimewa sempena Raya, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya.
“Tiada isu pun. Saya dan Nadiya okay saja. Malah hari ini kami berdua akan muncul dalam sidang media bersempena dengan acara yang kami akan kendalikan tidak lama lagi.
“Saya tiada pula dengar desas-desus perkara yang tak baik dalam rumah tangga kami. Tapi biasalah, dalam melayari bahtera rumah tangga sudah pasti akan ada pasang surutnya.
“Jadi saya pun tidak nafikan mengenai perkara itu. Selagi kita boleh selesaikan berdua, kita akan cuba untuk selesaikan dengan cara yang terbaik.
“Rumah tangga kami pun sudah memasuki tahun yang ketujuh, sudah tentulah ia tidak berjalan sempurna sepanjang masa. Itu sahajalah.
“Memang tiada (isu pergolakan). Doakan yang baik-baik sahaja. Itulah yang kita minta daripada semua,” katanya kepada MH.
Ben bagaimanapun tidak terkejut apabila cerita sedemikian timbul memandangkan tahun lalu terdapat beberapa isu membabitkan rumah tangga artis tempatan telah menjadi perhatian ramai.
“Saya tidak terkejut pun bila isu ini timbul sebab mungkin tahun lepas ada banyak berita mengenai pasangan selebriti yang berpisah menjadi bualan.
“Kami pun tidak terlepas daripada dikaitkan. Kami masih suami isteri yang sah, tinggal sebumbung,” katanya lagi.
Mengimbas kembali, pasangan selebriti ini selamat diijabkabulkan pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura, namun mereka masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI