Beberapa jam lalu, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan ada memuat naik beberapa keping fotonya bersama suami, Zain Saidin bersempena dengan ulang tahun kelima perkahwinan mereka.
“Happy 5th Anniversary sayang @zainsaidin23. Syukur diatas pemberian Tuhan yg terindah ..terima kasih kerana menemani ku dalam setiap hari -hari yg penuh cinta,” tulis pelakon Kak Marr ini.
Menitipkan dedikasi paling manis buat suami tercinta, namun kalau dah namanya Che Ta, pasti ada kata-katanya yang mencuit hati ramai.
Menerusi salah satu entri gambar yang dikongsi menerusi Instagram, Che Ta ada merakam momen lamanya.
Kata Che Ta, ketika dia ditabalkan sebagai Miss Malaysia Intercontinental 1992, suaminya pada ketika itu baru sahaja berada di darjah 2 persekolahan!
Ads
“Kami jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992 , Zain masa tu baqu darjah 2 .. So kalau sapa2 yg belum bertemu jodoh lagi , jangan pulak dok qeyau tepi bucu katie …. mungkin jodoh uolss tu tgh dok up.
“Happy Anniversary sayang @zainsaidin23 .. nasib baik u cepat ligan i,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #5thanniversary #zsrcw.
Rata-rata netizen kagum dengan penampilan Che Ta yang sentiasa cantik dari dulu hingga kini dan tak kurang yang turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan sama cantik sama padan ini.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana mengakui tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembira apabila lagu duet di samping Jaclyn Victor, Nisan Cinta menjadi antara 12 lagu terbaik yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) Februari depan.
Katanya, meski pada awal dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, namun keputusan dari para juri profesional pada Muzik Muzik semi final lalu nyata memberi 1001 makna buat dirinya.
Buat pertama kali, penyanyi asal Negeri Sembilan ini berpeluang menyanyikan lagu sendiri di pentas berprestij itu.
“Sudah tentunya saya gembira sebab selama 18 tahun dalam industri, akhirnya saya berjaya juga menyanyikan lagu sendiri di AJL. Dulu memang pernah nyayi, tapi gantikan Syura.
“Menrusi lagu Candak, tahun 2006 kot,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi pada peringkat awal, lagu duet bersama Jaclyn Victor itu tidak tersenarai sebagai finalis AJL memandangkan lagu tersebut diumumkan lambat.
“Saya cakap dengan Jac, tak ada ni babe kita.So tidak mengapalah kita enjoy saja sebab kawan-kawan lain pun nyanyi juga. Tapi akhir sekali bila umumkan penyanyi dan pencipta lagu, itu yang terkejut .
“Macam tak sangka. Rasa terubat juga. Mungkin tahun lepas tak ada rezeki, jadi Dia berikan rezeki itu tahun ini rupanya…,” akhiri Nana.
Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana bersama protogenya, turut bersaing dalam program realiti, Mentor 7 di TV3.
Kepada peminat siri Justice League tentu mengenali watak Aquaman ini kan? Pertama kali watak ini muncul adalah di dalam filem Superman vs Batman dan kemudiannya di Justice League, tahun lalu.
MH difahamakan bahawa filem ini muncul setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat siri Justice League untuk lebih mengenali Aquaman atau nama sebenarnya Arthur Curry.
Sedikit sinopsis untuk filem ini, Arthur mengetahui mengenai rahsia kelahirannya bahawa dia adalah pewaris kerajaan di bawah lautan yang dikenali sebagai Atlantis.
Ibunya adalah Ratu di Atlantis manakala bapanya adalah manusia biasa. Susulan itu, dia terpaksa terlibat dalam perebutan takhta antara dia dan adik tirinya dalam usaha untuk memastikan keharmonian dunia lautan dan di darat.
Adik tirinya seorang yang sangat membenci orang di darat kerana beranggapan bahawa merekalah punca hidupan di lautan merana.
Oleh itu, MH ingin berkongsi trivia-trivia menarik mengenai filem ini.
1. Pengarah filem ini adalah James Wan. Individu yang bertanggungjawab membawakan filem Insidious dan Fast 7 kepada penonton.
2. Filem Justice League yang paling tak ‘gelap’, berbeza dengan filem-filem Batman, Wonder Women dan lain-lain.
3. Watak Aquaman/Arthur Curry dibawakan oleh Jason Momoa manakala watak Aqua girl/ Mera dibawakan oleh Amber Heard. Antara pelakon lain yang ada didalam filem ini adalah Nicole Kidman, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren dan Yahya Abdul-Mateen II.
4. Filem ini banyak menceritakan mengenai kisah hidup Arthur yang kononnya lahir sebagai anak luar nikah antara Ratu Atlantis dan bapa manusianya itu.
5. Sebenarnya, dia tak nak pun takhta kat Atlantis tu, namun melihatkan adiknya seorang yang gila kuasa dan ingin menghancurkan dunia membuatkan dia kena memegang tanggungjawab sebagai raja lautan.
6. Antara kuasa yang Aquaman ada adalah mengawal ombak di lautan, berkomunikasi dengan hidupan laut, kuat dan juga boleh berenang secara ‘supersonic’.
7. Majoriti penggambaran filem ini dilakukan di Studio Village Roadshow di Gold Coast, Queensland namun ada juga di Newfoundland, Kanada, Sicily dan Maghribi.
8. Malaysia merupakan antara negara yang beruntung kerana dapat menonton filem ini dahulu kerana tarikh keluaran Aquaman di Amerika Syarikat dan Eropah adalah pada Jumaat ini.
9. Pengkritik filem memuji sinematografi filem ini. Babak yang paling disukai penonton adalah babak peperangan di awal cerita.
10. Filem ini juga terselit mesej penting buat penonton agar menjaga kebersihan lautan, oleh kerana kerakusan manusia, haiwan laut yang menjadi mangsa. Manalah haiwan laut tak marah pada manusia kan?
Apa-apapun, MH lihat ramai yang beri respon positif kepada filem ini. Yang penting, ramai yang berpuas hati dengan jalan cerita dan juga sinematografi Aquaman. Ternyata, James Wan tidak pernah menghampakan!
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya