Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.
Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.
“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.
“Alhamdulillah, hubungan berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis raja sehari kami dipermudahkan,” katanya.
Intan menjelaskan, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dia dan anak-anak.
Ads
“Sepanjang mengenali Aizam, saya melihat suami sebagai lelaki yang berbeza daripada yang lain. Maksudnya, daripada segi layanan Aizam terhadap anak-anak saya selain dia seorang penyabar.
“Malah, dia juga seorang yang pemaaf dan cukup mengambil berat,” katanya.
Meski usia mereka berbeza 11 tahun, Intan menyifatkan suami sebagai lelaki yang matang.
“Bagi saya usia bukan penghalang sama ada muda atau sebaliknya. Jika lelaki itu berusia sekalipun, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
Ads
“Yang penting masing-masing tahu tangunggjawab selepas bergelar bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami insya-Allah,” katanya.
Intan pada masa sama turut mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Apa yang saya doakan, semoga hubungan ini akan berjalan dengan aman damai dan diredai Allah SWT,” katanya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata awal.
Ads
Terdahulu, Intan Liana ialah bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude sebelum ini turut dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4 tahun.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Fara Hazel yang selamat menyambut kelahiran cahaya mata keduanya pada 3 Ogos lalu.
Sambil memanjat kesyukuran, Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino itu turut mengucapkan terima kasih atas doa baik-baik yang titipkan.
“Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang lagi cahaya mata yang telah selamat dilahirkan pada 03/08/2022 jam 2:30pm.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera kedua kami. Semoga doa yg baik berbalik kepada kalian kembali Ameen!,” tulisnya di dalam sebuah hantaran di Instagram.
Setelah lebih dua minggu drama Suamiku Lelaki Pendosa bersiaran, Isteri kepada Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik memberikan komen terhadap lakonan suaminya bersama pelakon, Gambit Saifullah menerusi drama rantaian tersebut.
Diyana berpendapat, sebagai pelakon Gambit disifatkan berjaya menjiwai watak Izfairin dengan baik.
Perkara tersebut dikongsikan Diyana bersama potongan video yang turut merakamkan kenangan dua pelakon itu ketika sama-sama terlibat di dalam sebuah program realiti tidak lama dulu.
“Rupanya dah lama rancang, kita yg lalai. Dari Fear Factor sampai la Tuan Ihsan dan Sekarang Suamiku Lelaki pendosa! Rupanya si Izfarin ni ada aje dalam hidup sis!
“Bukan calang calang competition I sekarang. I tak pernah handle gedik yang sampai macam si Iz! Kalau gedik pompuan tu biasalah kita tengok pun dah tahu.
“Gedik si Iz ni wow another level. Semoga Dean ilyas berubah, I tunggu k. @gambitsaifullah. Tapi Takpe best woman wins! Eh confuse sis ni, terfeeling Cahaya hahahah,” tulisnya seloroh.
Dalam pada itu, ibu kepada orang tiga cahaya mata ini menyifatkan drama berkenaan memiliki mesej pengajaran yang bermanfaat kepada tontonan umum.
Ucapan tahniah turut dipanjangkan Diyana kepada semua barisan pelakon terlibat.
“Anyway to tell you the truth the content of this drama is to beri pelajaran and yes Ada banyak aje case gini. Pintu taubat masih terbuka.
“Enjoyed watching this drama Sebab really lain character my dar… and combo ngan Gambit pulak. I think as actors they love challenging characters so that it won’t be stagnant la kan. Congrats guys!,” tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara, Janna Nick memberi amaran kepada mereka di luar sana untuk tidak mengganggu keharmonian rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Dinie Schatzmann.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, hubungannya bersama Dinie kini sedang diulit bahagia dan dia tidak mahu ia dirampas.
“Dengar pengakuan saya, dekat Melodi ini saya nak bagitahu, ketika ini merupakan fasa saya sedang gembira dengan Dinie. Dinie sahaja kebahagiaan saya,” katanya.
Malah, pengacara program Famili Duo itu turut menegaskan dirinya sanggup membuat apa sahaja demi mempertahankan rumah tangganya.
“Sesiapa sahaja yang berani sentuh, saya tak kisah nak masuk penjara. Jangan main gila dengan Janna Nick,” ujarnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Janna secara langsung ketika mengacarakan program Melodi pada Ahad.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen suka dengan kenyataan Janna yang berterus terang selain turut mendoakan semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga.
“Betul tu Janna. Kepada ‘penyondol’ jangan berani cuba-cuba.
“Haha sis suka. Janna direct to the point. Dia dah warning tu. Jangan main-main.
“Tapi memang patut pun beri amaran macam ni siap-siap. Biar ‘penyodok-penyodok’ dan ‘penyondol-penyondol’ tu faham,” antra komen-komen netizen.
Terdahulu, isu orang ketiga di dalam hubungan rumah tangga kini sedang hangat diperkatakan susulan kontroversi melibatkan pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah yang sehingga kini masih belum berkesudahan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia fesyen Indonesia kehilangan sosok penting apabila pereka fesyen terkenal, Hengki Kawilarang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat akibat komplikasi kesihatan yang dihadapinya sejak...