“Kami Bertemu Bila…,” – Kembali Jalin Hubungan Bersama Aazief Khalid? Ini Jawab Balas Jujur Tyra Kamaruzzaman

Share

Usahawan merangkap personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman menepis dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan dirinya kini kembali menjalinkan hubungan cinta bersama bekas kekasih yang juga merupakan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.

Menurut Tyra, dia kini sememangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi bukanlah bersama Aazief.

“Ya, saya kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang.

“Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.

“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Tyra sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang pengikutnya di Instagram.

Bagaimanapun, Tyra mengakui dirinya ada berjumpa dengan Aazief namun menyifatkan pertemuan tersebut tidak lebih sebagai rakan niaga.

“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja.

“Kami sangat profesional. Kami masing-masing dah besar la,” kongsinya lagi.

Minggu lalu, kisah diantara Aazief bersama kekasihnya yang juga merupakan Instafamous, Sharifah Rose menjadi tumpuan ramai selepas mereka dikatakan telah memadam gambar bersama di akaun Instagram masing-masing.

Lantaran itu, timbul pula spekulasi daripada warga net yang mendakwa Tyra menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut.

IKLAN