Baru-baru ini, penyanyi Aizat Amdan ada berkongsi rasa pilu tatkala melihat keadaan menimpa bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 61, yang sudah setahun terlantar sakit akibat serangan angin ahmar. Kata Aizat seperti yang dipetik Astro Gempak, bapanya kini sudah tidak boleh bercakap selain hanya mampu menggunakan isyarat badan untuk berkomunikasi.

Aizat mengakui pada peringkat awal dia sedih dengan kondisi kesihatan melibatkan bapanya itu. Bagaimananya, dia perlu terima kenyataan dan terus berdoa supaya semuanya berada dalam keadaan baik.

Mula-mula dahulu saya memang sedih dan tak boleh terima kenyataan apabila melihat keadaan ayah yang terlantar sakit. Tetapi lama-kelamaan saya terima ketentuan Allah dan sentiasa tak putus doa agar ayah kembali sihat seperti biasa.

IKLAN

“Malah, kami adik-beradik akan bergilir-gilir menjaga ayah di rumah selain dibantu oleh jururawat,” katanya.

“Kami Adik-Beradik Akan Bergilir-Gilir Menjaga Ayah,” – Aizat Amdan Kongi Rasa Mengenai Kesihatan Bapanya

Pada masa sama, Aizat turut berbangga dengan semangat bapanya yang kuat untuk ‘melawan’ penyakit berkenaan.

IKLAN

“Seperkara yang pasti, ayah pernah berada dalam keadaan kritikal dan semangatnya sangat kuat untuk melawan penyakitnya itu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Aizat ditemui media pada majlis pelancaran single terkininya, Harapan Jadi Nyata yang turut mendapat sentuhan daripada bapanya sendiri.

Lebih istimewa, lagu tersebut turut didedikasikan Aizat buat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meraikan dan menghargai sumbangan beliau kepada negara.

IKLAN

Foto: Instagram Aizat Amdan

https://www.youtube.com/watch?v=xpPz0PI2fOc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI