Selepas, pelakon, penyanyi dan hos, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada Ahad, penyanyi, Ernie Zakri yang juga merupakan salah seorang peserta separuh akhir Muzik Muzik 35 ada berkongsi mengenai perkembangan terkininya.
Menurut Ernie, dia bersama tunangnya yang juga merupakan penyanyi, Syamel telah pun melakukan ujian saringan Covid-19 dan kini sedang menantikan keputusannya.
Penyanyi lagu, Boneka itu turut memberi tahu, dia dan Syamel akan menjalani sesi kuarantin diri selama 14 hari selepas ini.
“Alhamdulillah. Ernie, @syamel_official , @aqilahmaria_ dan semua team kami sudah selesai melakukan swab test. Mudah mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan self quarantine selama 14 hari.
“Terima kasih @wanyhasrita dan @__nisaanisa__ membantu kami menguruskan proses swab test. Sayang dia. Buat semua team #SFMM35 , Ernie doakan agar semuanya selamat, aamin.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ernie menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Dalam pada itu, Ernie turut berharap agar semua pihak dapat menghentikan segala tuduhan dan kecaman terutamanya kepada pihak penganjur serta rakan-rakan artis yang lain kerana menganggap tugas mereka hanyalah untuk mencari rezeki.
Malah, Ernie yang mempertaruhkan lagu, Gundah di SFMM35 turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan keselamatan dirinya dan juga kontak-kontak rapat yang lain semoga dijauhkan daripada wabak Covid-19 ini.
Ads
“Buat anda yang tertanya-tanya, SOP yang dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Jika tidak berada disana, jangan la hambur kata-kata yang tidak baik.
“Kami juga mencari rezeki sama seperti kalian. Industri kami anda lihat sebagai “hiburan” dan kami hanya nak “have fun”.
Ads
“Kami ada perut yang harus diisi. Kami sama seperti kalian, cuma bidang yang kami pilih berbeza. Doakan kami semua ya. Stay safe all,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Erni supaya tidak mempedulika komen-komen negatif tersebut.
Terdahulu, Erni dan Syamel sepatutnya akan bergandingan menerusi lagu Takkan Terlerai di SFMM35 numun konsert hari ke-3 tersebut terpaksa dibatalkan diatas faktor-faktor keselamatan.
Sumber: Twitter Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.
Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.
Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.
Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.
“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.
Malah ada di antara komen tersebut mendapat respon daripada Linda sendiri. All the best buat semua peserta GV7 minggu hadapan!
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap 14 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta hari ini, Datin Azrene Ahmad, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menitipkan dedikasi bersama pautan video istimewa buat permaisuri hatinya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi IG TV yang berlatar belakangkan lagu nukilan sendiri berjudul November Itu, Fazley menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri terbaik buat dirinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri yang menerima dirinya dengan apa adanya.
“Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.
“Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” titipnya panjang lebar.
Hidup harmoni sebagai suami isteri, Fazley dan Azrene kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Enot berkongsi khabar apabila memaklumkan rumah keluarganya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan antara yang terkesan akibat banjir kilat awal pagi tadi.
Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, kediaman berkenaan telah dinaiki air hingga ke paras dada sehingga merosakkan beberapa perkakasan rumah.
Antaranya barangan kering majlis perkahwinan ahli keluarganya yang sebelum ini ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Assalamualaikum pagi-pagi group family dah kecoh malam tadi rumah Makumi saya dekat Seremban habis banjir paras dada. Nasib adik ada dekat rumah kalau tak, dia sorang jelah kat umah banjir-banjir tengah malam.
“Habis barang dan beras nak kenduri tak jadi hari tu. Sabarlah mak, orang nak balik sana pun tak lepas keadaan macam ni dengan Seremban dah start PKPB dugaan sungguh lah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan Enot menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram.
Dalam pada itu, Enot turut memanjatkan doa agar seluruh ahli keluarganya yang ketika ini berada di Seremban agar dijauhkan daripada sebarang musibah.
“Ya Allah kau lindungilah ahli keluargaku dan saudara-saudaraku di Seremban semoga diorang dijauhkan dari musibah-musibah yang tak diingini. Amin.
“Lama dah tak banjir Batu 3 Mambau ni. Dulu banjir bole berenang siap buat sampan lagi. Kalau Batu 3 banjir kitaorang semua duduk dekat masjid Bemban dekat dengan rumah mak @nabilzira.
“Time tu muda belia lagi masih mampu berenang lagi siap angkut biskut kedai Cik Kamal terapung-apung. Baik ambil bawa pergi masjid ramai-ramai bole makan hehehe.
“Sedih sana banjir tak boleh nak balik pulak. Jenuh lah nak mngemas tu. @allef_nazmi_abdullah tolong mak ok Kakmok tak boleh nak balik. Apa-apa hello-hello okay,” kongsinya lagi.
Sementara itu, rata-rata netizen yang berada di Seremban turut berkongsi kisah mereka selain turut mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti biasa.
Sumber: Instagram Enot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...