Comelnya ‘Timtim Timo’! Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah Timtim Timo, kalau korang nak tahu Timtim Timo itu adalah anak kucing peliharaan pelakon popular, Emma Membong.

Menurut Emma menerusi akaun Instgaramnya, anak kucing comel tersebut adalah pemberian daripada bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon popular, Kamal Adli.

“Thank you @kamaladli for this @timtim_timo ? ,” tulis Emma di ruang kapsyen.

Rata- rata pengikut dan peminat Emma juga turut teruja melihat anak kucing yang sangat comel ini.

IKLAN

_ryxira: comey nyee kucing tuhhhh???

annadserra: Cooomelnyeee… Lbh kurang Emma laaaa… Cooomelll… Hehehe…

umiarah_rosli: Kucing tu sama comel dengan Emma ?

IKLAN

Untuk pengetahuan korang juga, Timtim Timo sudah mempunyai akaun Instagram sendiri dan kini tidak sampai satu hari lagi akaunnya sudah mempunyai 8000 lebih pengikut.

Kamal Adli Hadiahkan Emma Maembong Kucing, Siap Ada Akaun Instagram!

IKLAN

Jika mengikut gambar pertama yang dimuat naik dalam Instagram Timtim Timo ini, nama yang diberikan oleh Emma kepadanya adalah Siti Fatimah Rohana dan umurnya pula baru satu bulan.

Mungkin nama Timtim Timo itu adalah nama manjanya yang diambil daripada nama Siti Fatimah Rohana itu.

Apa yang MH boleh katakan, Timtim Timo sangat comel dan selepas ini pasti dia juga akan menjadi popular seperti kucing selebriti yang lain.

Sumber: Instagram Emma Maembong & Timtim Timo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI