Sebelum ini MH pernah berkongsi berita kehamilan cahaya mata ketiga pelakon popular, Almy Nadia yang dikongsi oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Fizz Fairuz di media sosial.

Baru-baru ini, MH sempat menemubual Fizz ketika bertemu di rakaman Rumah Terbuka Akademi Fantasia di Hotel Palace of Golden Horses, Sabtu lalu untuk bertanyakan lebih lanjut tentang kehamilan Almy serta kondisinya.

Fizz berkata, morning sickness yang dialami oleh isteri tercintanya kali ini amat berbeza dengan kehamilannya yang terdahulu.

IKLAN

“Kali ni dia sangat-sangat teruk, dia tak nak makeup, selalu letih, suka minum air manis dan dia malas.

 

“Berbeza sangat dengan pregnancy dia yang sebelum ni, kalau dulu dia suka melawa, suka colour rambut tapi kali ni dia nak baring, penat, letih, dia jadi macam malas,” katanya kepada MH.

Pelakon ini juga berkata, sebagai seorang suami dia hanya melayan sahaja kerenah isterinya dan adakalanya apa yang dilalui isterinya terjadi kepadanya.

“Kadang-kadang kerenah dia jadi kat saya sekejap, saya jadi nak marah. Tak tahu kenapa nak marah je kan. Tapi Almy cakap dia macam dah tahu so dia biarkan sahaja.

 

“Saya tak tahu lah saya jadi tak boleh nak sabar, rasa cepat emo tapi sekejap saja lepas tu terkena balik kat Almy.

 

“Bila kena balik kat dia, dia jadi malas, itu malas ini malas tapi dia cuba untuk buat juga kerja harian nak bagi makan anak. Ada masa dia minta tolong saya untuk buatkan dan saya ikutkan sahaja,” katanya lagi.

Terkini, menurut Fizz kandungan Almy sudah mencecah usia enam minggu dan untuk kehamilan isterinya kali ini jika boleh dia mahukan isterinya hamil anak lelaki namun begitu dia tidak mahu begitu mengharap dan menerima apa sahaja rezeki yang diberikan oleh yang Maha Esa.

IKLAN

“Kalau boleh nak baby boy lah sebab mainan saya terlalu banyak tak ada orang nak main, beli itu beli ini sampai berhabuk dah.

 

“Tapi apapun saya terima sahaja rezeki yang ALLAH SWT dah tetapkan dan saya terima sahaja cuma saya tak mengharap sangat lah.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapat cahaya mata lelaki kerana risau akan kecewa di kemudian hari.

IKLAN

Terdahulu, Fizz dan Almy telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan Nur Afrina Arianna, 3 dan Nur Aurora, 2.

Apapun MH doakan yang baik-baik untuk Almy dan kandungannya. Semoga mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sewaktu kehamilan hingga saat melahirkan nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI